Purdah Cegah Selsema Babi


Memakainya mampu meperlihat keayuan seorang wanita beriman.
Wanita tidak perlu mengenakan penutup muka perubatan untuk mencegah virus selsemababi (H1N1) jika mereka telah mengenakan hijab dengan baik termasuk mengenakan purdah atau niqab, kata doktor di Saudi.
“Wanita yang mengenakan purdah atau penutup wajah – bagi mereka tidak perlu mengenakan penutup muka pelindung lagi – sepanjang purdah yang ia gunakan bersih,” kata Dr Dalal Namnagani seorang perunding pathologi dan pengarah dari bank darah di Hospital Khas King Abdul Aziz bandar Taif – kepada mel khabar Al-Watan Khamis lalu.“Purdah harus dicuci dan disterika sebelum dikenakan, namun tidak boleh digunakan oleh orang lain yang mungkin akan meninggalkan bakteria-bakteria penyebab kainnya tercemar oleh virus selesema babi,” kata Namnagani.Doktor itu juga memberi amaran terhadap masjid-masjid yang persekitaran yang kotor sepanjang Ramadhan ini, tentang solat terawih ramai orang berkumpul terutama di kawasan sesak yang menyebabkan kemungkinan virus menyebar dengan cepat.“Para wanita juga kemungkinan besar melepaskan hijabnya di tempat para jamaah wanita berkumpul, dan hal tersebut dapat meningkatkan penyebaran jangkitan.”
Banyak keluarga Arab menyatakan bahawa mereka telah menyambut seruan kempen kesedaran dengan mengajak anak-anak mereka untuk mengenakan penutup muka di tempat-tempat umum.
Seorang ibu rumah tangga Umm Omar mengatakan bahawa ia menyuruh anak-anaknya untuk lebih sering mencuci tangan dengan sabun dan mengenakan penutup muka yang bersih semasa mereka keluar ke kedai mahupun ke taman. “Saya juga cuba untuk menyekat diri melakukan perjalanan keluar rumah, kecuali kalau benar-benar terpaksa,” kata Umm Omar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Bismillah Pictures, Images and Photos


بسم الله الرحمن الرحيم
AHLAN WASAHLAN

tak perlu mencari teman secantik BALQIS..
andai diri tak sehebat SULAIMAN..

mengapa mengharap teman setampan YUSUF..
jika kasih tak setulus ZULAIKHA..

tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM..
andai diri tak sekuat HAJAR..

mengapa didamba teman hidup sempurna MUHAMMAD..
andai diri tak sehebat KHADIJAH..