Carilah Khairun Nisa’


Allah subhana wa ta’ala mencipta kita berpasang-pasangan dan dijadikanNya perasaan kasih sayang dan belas kasihan supaya kita bersenang hati dan dapat hidup mesra dengan pasangan.



"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir". [Ar-Room ayat 21]


Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam menganjurkan kita agar mencari pasangan yang bersesuaian dengan kita agar kita dapat hidup harmoni.


Bimbinglah Dengan Bijaksana


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kaum wanita diciptakan dari tulang rusuk dan tak dapat engkau luruskan walau dengan apa cara sekalipun. Jika engkau merasa senang kepadanya bersenang-senanglah, namun dia tetap saja bengkok. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah. Mematahkannya bererti menceraikannya.” Riwayat Muslim





Empat kunci kebahagiaan




Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:" Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!"Riwayat Ibnu Hibban
Dan isteri solehah adalah digambarkan sebagai Khairun Nisa’



Khairun Nisa’




Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :”Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.”Riwayat Muslim
Untuk mendapat Khairun Nisa’ seorang lelaki juga mestilah menjadi seorang mukmin yang soleh. Sesungguhnya itu janji Allah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Bismillah Pictures, Images and Photos


بسم الله الرحمن الرحيم
AHLAN WASAHLAN

tak perlu mencari teman secantik BALQIS..
andai diri tak sehebat SULAIMAN..

mengapa mengharap teman setampan YUSUF..
jika kasih tak setulus ZULAIKHA..

tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM..
andai diri tak sekuat HAJAR..

mengapa didamba teman hidup sempurna MUHAMMAD..
andai diri tak sehebat KHADIJAH..