Doa Awal dan Akhir Tahun

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.





Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini".



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Ingatan bagi pelupa.....


ABUL-LAITS berkata:


"Rakus itu ada dua macam, rakus yang tercela dan tidak tercela tetapi lebih baik ditinggalkan. Rakus tercela ialah yang sampai melupakan kewajipan terhadap Allah atau mengumpulkan kekayaan untuk berbangga dan kesombongan. Adapun yang tidak tercela iaitu tidak sampai meninggalkan kewajipan dan tidak bermaksud untuk kesombongan. Sebab antara sahabat juga ada yang kaya raya dan tidak dicela atau dilarang oleh Rasulullah SAW."


Abud-Dardaa' menyebut rakus yang tercela iaitu menyebabkan mengabaikan perintah dan kewajipan terhadap Allah.


Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya daripada Hafsah binti Umar berkata kepada ayahnya (Umar):


"Sungguh Allah memberi kepadamu kebaikan sebanyak-banyaknya, dan melapangkan rezekimu maka jika engkau makan yang lebih baik daripada makananmu yang biasa dan memakai lebih halus daripada pakaian biasa."


Umar menjawab:


" Saya akan mengajak engkau bertahkim kepada dirimu sendiri "


lalu Umar mengingatkan keadaan Rasulullah SAW yang diketahui sendiri oleh Hafsah sehingga Hafsah menangis, kemudian Umar berkata:


" Saya mempunyai dua kawan, dan keduanya sudah menempuh jalan, maka jika saya menempuh jalan lain, maka tentu saya sampai ke jalan lain yang bukan jalan kedua kawanku itu, demi Allah saya akan sabar mengikuti kehidupan keduanya yang berat, semoga saya dapat mencapai kehidupan keduanya yang lunak dan puas."

Kiamat


Manusia percaya bahawa dunia akan mengalami kiamat pada tahun 2012 mengikut ramalan orang Mayan. Namun begitu sebelum kiamat itu berlaku, terjadinya pelbagai bencana alam seperti gempa bumi,tsunami dsb.Dari kalangan manusia, ada seorang yang bijak pandai berusaha untuk menyelamatkan bumi. Lalu dia menggunakan kuasa ajaibnya untuk berhubung dengan masyarakat mayan untuk mengetahui bagaimana caranya bumi bisa diselamatkan. ( Sinopsis Filem Ini )


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Membaca sinopsisnya, saya rasa tertarik untuk menonton filem ini. Pendapat peribadi saya, orang putih ni bodoh dalam cerdik. Sebabnya mereka sungguh-sungguh tidak percaya tuhan. Sampaikan cerita tentang kiamat pun mereka boleh buat macam ni. Boleh jadi, dan boleh pula untuk menghalang kiamat daripada berlaku.Yang saya salute mestilah diorang punya kecanggihan teknologi, sampaikan kita nampak bencana tu seperti benar-benar berlaku. Dan menghantar rasa gerun pada diri kita. Kita boleh perhatikan bagaimana bumi ini seolah terbelah, ada hujan-hujan api yang tak tau datang dari mana, dan ketakutan serta huru hara pada hari itu. Ini yang dapat akal dangkal manusia bayangkan, sudah begitu menakutkan. Bagaimana pula kejadian kiamat sebenar, apabila matahari digulung, bumi dihancurkan, manusia sudah lupa pada diri sendri, gunung ganang hancur...pasti jauh lebih menakutkan dari apa yang dapat kita bayangkan. Sepatutnya mereka [dan kita juga yang menonton] jika benar mahu membongkar kebenaran, harus lebih takut kepada tuhan selepas menghasilkan/menonton filem ini.


Surah Al-Ahzab, Ayat 63:


Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi. (63)


Surah Al-Naazi'aat, Ayat 42 - 45:


Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? (42) Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu? (43) Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya. (44) Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu. (45)


Surah Al-A'raaf, Ayat 187:


Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (187)


Al-Quran telah menyatakan dalam ayat-ayat tersebut bahawa tiada siapa pun yang dapat menerangkan kedatangan waktu hari kiamat tu kecuali Allah.. sesuatu yang telah jelas dinyatakan... mengapa kita masih lagi berteka teki tentang waktu hadirnya kiamat? tiada pengetahuan kepada manusia untuk mengetahui tentang hari kiamat.. daripada menghitung waktu datangnya kiamat.. baik kita persiapkan diri kita dengan melakukan segala amalan.. kita tidak mengetahui bilakan ajal akan datang.. mungkin sebentar lagi.. mungkin esok.. persiapkanlah dirimu...


Allahu Taalam

Ibu - Tarbiyyahlah Anakmu




Kasih ibu terhadap anaknya tidak bermusim , berbeza kasih anak buat ibu hanya pada saat dan tika tertentu .
Barangkali lah [ pada hemat saya ] , dunia hari ini perlukan "hari ibu" untuk memaut ingatan dan kasih insan bergelar anak buat ibu mereka .


Dunia seperti insaf betapa hari ini ibu menjadi bahan antik yang disimpan atau diperosok ke rumah orang - orang tua dan sebahagiannya ditinggal sendirian membilang hari mati .Kecil saiznya dan sedikit pula jumlahnya buat manusia bertaraf ibu yang mampu mengecap kebahagiaan disamping anak - anak hingga ke akhir hayat mereka .

Hanya anak - anak yang soleh/ah memiliki keupayaan menjaga dan membelai sang ibu biar usia memamah seri wajahnya sehingga sang ibu ini menghembuskan nafas akhirnya dengan tenang di pangkuan anak .
Namun anak yang sanggup bertahan dengan karenah ibu tua bukan mudah dicari . Saya membenarkan kata - kata entah dari siapa yang mengatakan : Ibu seorang boleh membelai dan membesarkan sepuluh orang anaknya namun anak yang sepuluh ini belum tentu dapat membelai dan menjaga ibunya yang seorang .

Ucapan saya ialah " Ibu ! Tarbiyahlah anak - anakmu agar mereka menjadi insan yang soleh dan seterusnya turun ke medan lantas berjuang untuk menegakkan agama Allah swt . Saya kira , anak seperti inilah akan membuatkan ibu bangga dan bahagia ."
Firman Allah swt :


Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya ( penyejuk mata hati ), dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang bertaqwa"

( Surah al Furqan . Ayat : 74 )


Anak adalah anugerah Ilahi yang menjadi amanah ke atas setiap ibubapa , bukan sahaja untuk mengasihinya bahkan juga memelihara dan mendidik agar ia membesar sebagai insan yang soleh dan bertaqwa kepada Allah swt. Justeru itu , Nabi saw menegaskan :


ما من مَوْلُودٍ إلا يُولَدُ على الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أو ينصرانه أو يُمَجِّسَانِهِ



Tiadalah seorang anak yang dilahirkan melainkan ia dilahirkan di atas fitrah . Maka ibubapanya bertanggungjawab menjadikan anaknya Yahudi , Nasrani atau Majusi .

( Riwayat Imam Bukhari dan Muslim )


Anak adalah merupakan asset atau permata hidup kita. Mereka membantu hayat rumah tangga kita dan juga keceriaannya . Mereka jugalah penyambung warisan keluarga dan ummah , malah Nabi saw. sangat berbangga dengan ramainya jumlah ummat Baginda di akhir zaman . Sabda Rasulullah saw :


تزوجوا الودود الولود فإني مكاثر بكم الأمم


Kahwinilah oleh mu akan isteri yang penyayang dan boleh melahirkan anak , maka sesungguhnya aku sangat berbangga dengan ramainya ummat.

( Riwayat Abi Daud dan an Nasa’I )
Melaksanakan tanggungjawab membesar dan mendidik anak – anak bukan suatu yang mudah , sementelah pula kita hari ini terpaksa membesarkan anak di zaman yang terlalu rosak persekitarannya.
Ibubapa perlu memberikan komitmen yang tinggi terhadap pendidikkan anak yang pastinya tidak terhad kepada memberi pelajaran akademik tetapi juga mendidik jiwa mereka agar sedia untuk melaksanakan suruhan Ilahi .
Melengkapkan asuhan mereka sehingga mampu memiliki keperibadian mulia sebagai benteng kukuh menghalang pencemaran akhlak dewasa kini.

Terlebih penting ialah memiliki Aqidah yang benar dan Spiritual yang yang mantap agar mereka selamat pula dari gejala riddah dan ajaran sesat yang kian luas menular .

Pengajaran dari wasiat Lukmanul Hakim .

13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar".

14. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

15. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya Engkau mempersekutukan denganku sesuatu Yang Engkau - Dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah Engkau taat kepada mereka; dan bergaulah Dengan mereka di dunia Dengan cara Yang baik. dan Turutlah jalan orang-orang Yang rujuk kembali kepadaKu (dengan Tauhid dan amal-amal Yang soleh). kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu Segala Yang kamu telah kerjakan.

16. (Luqman menasihati Anaknya Dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, Sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau Yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di Dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana Sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi amat meliputi akan Segala Yang tersembunyi.

17. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan Yang mungkar, dan Bersabarlah atas Segala bala bencana Yang menimpamu. Sesungguhnya Yang demikian itu adalah dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

18. "Dan janganlah Engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

Intisari Tarbiyyah dari Wasiat Luqman :

· Membina Aqidah kukuh agar tidak syirik .
. Asuhan agar mentaati Ibu bapa .
· Meyakini pembalasan Ilahi. ( syurga neraka & dosa pahala )
· Melaksanakan Ibadah asas seperti solat
· Mencegah dari terjerumus ke lembah maksiat .
. Sabar menghadapi apa jua musibah tatkala melayari bahtera kehidupan .
· Jauhi sifat tercela seperti Takabbur dsbnya.
· Hiasi diri dengan sifat mahmudah seperti merendah diri dsbnya.

Inilah silibus utama dalam Pendidikan Anak yang perlu kita laksanakan.

Antara lainnya sabda Rasululullah saw. :





مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عليها وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ في الْمَضَاجِ


Perintah anak – anak kamu supaya mendirikan solat sedang usia mereka telah meningkat 7 tahun dan pukullah mereka ( jika mereka enggan ) apabila umur mereka meningkat 10 tahun dan asingkan tempat tidur mereka ( lelaki dan perempuan )

( Hadis Sohih Riwayat Imam Ahmad , Abi Daud , al Hakim dan al Baihaqi )



PETUA ALIM ULAMA’ DALAM MENDIDIK ANAK -
ANAK NAKAL .

1. Baca Surah al Fatihah dan hadiahkan kepada Baginda Rasulullah saw.

2. Selawat al Fatih : 100 kali


اللَّهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلىَ سَيِّدِناَ مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَ الْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ وَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَ


الْهَادِيْ إِلىَ صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمَ وَ عَلَى آلِهِ وَ أَصْحَابِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَ مِقْدَارِهِ اْلعَظِيْمِ .3.


Surah Ali Imran . Ayat : 83

4. Ayat al Kursi . 170 kali5. Surah at Taubah . Ayat 46 : 100 Kali .

Ayat – ayat tersebut dibaca pada air dan gunakan air tersebut sebagai minuman dan mandian .

ANAK DEGIL .

Baca ayat “ Salam Yassin ” : Ayat ke 58 dari surah Yassin .Baca atau amalkan ayat ini tatkala matahari hampir terbenam atau di tengah malam jumaat sebanyak 313 kali . Sebelum membacanya , terlebih dahulu baca surah al Fatihah sebanyak 5 kali di hadiahkan kepada Rasulullah saw , Alim Ulama’ , Para Syuhada’ , Ibu bapa dan muslimin muslimat seluruhnya.

MELAHIRKAN ANAK YANG MENJAUHKAN DIRI DARI MAKSIAT.

Kepada pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata , hendaklah memperbanyakkan membaca surah at Taubah . Semoga anak yang bakal lahir menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa.
Semoga Allah memberkati kita semua .
Imam Tabarani meriwayatkan hadis daripada saiyidina Anas bin Malik Bahawa nabi saw. telah bersabda :


من ساء خلقه من الرقيق و الدواب و الصبيان فاقرءوا في أذنه








~ Dipetik dari Blog Ust Nasrudin Hassan ~


~ Warkah Untuk Isteriku ~


Ke ribaan isteriku yang tersayang…

Sayang, aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati.Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis.


Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dengan cinta itu nanti semuga kita saling menyintai kerana Allah – cinta yang lebih suci.Kita dipaksa berpisah untuk “dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya. Selama ini kita terlalu banyak berlakon-lakon dan bermain-main dengan pelbagai alasan dan kemalasan. Aku pasrah dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya terlalu sakit, ubatnya pahit.


Sayangku,Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu.


Ya Allah…Ampunilah dosa-dosa isteriku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.“Ya Rahim…Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Agar ditangannyalah nanti tertempa zuriat yang soleh dan solehah.


Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.”“Ya Rahman…Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”“Ya Rabbi…Lembutkan hati isteriku agar mudah ia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu.


Hancur dan remuk-redamlah dirinya dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.”Sayang,Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini… pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisahkanpun masih bertemu.Justeru, perpisahan ini untuk menyelamatkan.


Perpisahan ini adalah mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan. Ia adalah satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan ALLAH semata. Jangan kita bergantung dengan selain-Nya.Makhluk yang terhubung atas nama suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua. Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara.Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika hati tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup.


Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid.Sayang… bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan istilah janda, duda dan yatim. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI. Justeru… anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti datang.Syukur … kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Apakah ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasainya, fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti.


Oh! Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati.Angkuh betul kita dengan ‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah!Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya.Didikan ini sangat mahal harganya.


Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat pendek:“Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik.Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.


Isteriku, jangan dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian itu!

Usah Lemah....Kau Perlu Kuat....!!!!!


Lumrah bagi insan bernama manusia.Sekuat dan segagah mana pun dia,satu ketika pasti akan di uji.Ujian yang datang menguji diri.Menguji sejauh mana kekuatan.Menguji keimanan kepada Tuhan..


Tatkala mehna mendatang,terkadang diri merasa lemah.Lemas.Lelah.Sempit.Tertekan.Tanpa disedari,manik-manik jernih di hujung mata jatuh tanpa dipinta.Usah mengeluh,usah di tanya mengapa.Kerana sesungguhnya ujian yang datang dariNYA adalah ‘hadiah berharga’ dari Sang Pencipta untuk hambanya yang beriman.


Di saat menikmati segala kurniaan dan pemberianNya..Mungkin, adakala diri terleka,terlupa,hanyut seketika..Mungkin..Betapa dalamnya kasih Allah pada hambanya.Di waktu diri terlalai dari mengigatiNya,DIA masih disisi.Sentiasa.Ujian yang datang bukan percuma.Sebaliknya mentarbiyyah diri,mengajar erti kesabaran,erti berdikari dan mensyukuri nikmatnya selalu.Usah kau lemah.Ingatlah bahawa aku ada di sini.Teman-teman sentiasa disisi.Keluarga pendokong sejati.Bersabarlah menghadapi ujian ini.Kerana dalam berjuta,engkau insan terpilih.


Paling utama,DIA.Yakinlah akan janjiNYA…Firmannya yang bermaksud…


‘’Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya’’


‘’Berdoalah kepada KU,nescaya akan KU perkenankan kepadamu’’


‘’Dan apabila hamba-hambaku bertanya padamu(Muhammad) tentang AKU,katakanlah sesungguhnya AKU DEKAT.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU.Hendaklah mereka memenuhi perintahKU dan beriman kepadaKU,agar mereka memperoleh kebenaran’’


‘’Telah berkata Jibril a.s: Wahai Allah,Engkau sampaikanlah hajat hambaMu.Maka Allah berfirman:’’Biarkan hambaku itu…Kerna Aku mencintai rintih suaranya’’


Moga kau kuat menghadapi segala dan senyuman terukir semula di wajahmu…..

Kasih Kekasih


~Satu..Kasih nan abadi tiada tandingi DIA yang satu..
Dua..sayang berpanjangan membawa ke syurga kasihnya IBU..
Tiga..lapar dan dahaga rela berpayahan setianya AYAH..
Empat..mudah kau ketemu,perhati selalu beza antara KASIH dan KEKASIH~


SATU…Kerana kasih-NYA,kita lahir ke dunia.Antara berjuta,kita yang terpilih untuk melihat dan mendiami Bumi Allah yang sementara.Betapa beruntungnya kita.Dianugerahkan nikmat Iman dan Islam sejak mata celik melihat alamnya.Menghirup udara percuma yang amat bernilai,mengamati keindahan ciptaan-Nya dan mengagumi kebesaran-Nya.Beruntungnya kita diberi peluang itu..Bukankah itu salah satu tanda Kasih-Nya??

DUA…Insan paling hampir yang bergelar Ibu..Mak..Ummi..Mama.Paling mengenali sifat kita,paling memahami tabiat kita,paling setia disisi.Selaut kasih Ibu,tak mungkin terbalas walau dengan berjuta hadiah. Dalamnya kasih Ibu..Sanggup berkorban,berjauhan dari anaknda tersayang yang jauh di perantauan. Menanggung rindu yang ternyata perih.Duhai IBU,kasihmu penguat semangatku. Doa restumu penentu kejayaanku.


TIGA…Tanpanya siapalah kita?Dimanalah kita berpijak?Pada siapalah nama ini disandarkan?Ayah..terlalu banyak pengorbananmu buat diri ini. Terlalu banyak.Penat lelahmu mencari rezeki,hanya Allah yang tahu.Letih lesumu,tak pernah kau keluhkan. Berbahagialah diri ini mempunyai ayah sepertimu. Yang menyayangiku,melindungiku dan menjadi penyokong setia tika diri hampir terjatuh. Duhai Ayah,tak perlu kau ragu, Kasihku padamu tiada bertepi.


EMPAT…Insan asing yang sukar ditemui,sukar dicari.Namun,bila Allah sudah menetapkan..akan bertemu jua.Perancangan ALLAH adalah yang sebaiknya.Betapa indahnya ..tika mana takdir yang menentukan. Hadirnya tanpa diduga,tanpa di pinta. Semoga dia bisa menjadi pembimbing diri,penghibur hati dan teman menempuh hidup sebagai seorang insan. Moga bertemu.



Satu,dua,tiga,empat,
Anugerah terindah buat diri,
Hanya pada Nya syukur ku panjat,
Terima kasih atas nikmat di beri.

~ Perkahwinan ~


Pernikahan itu adalah salah satu anugerah dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya, khususnya kepada kita iaitu umat Rasulullah SAW. Pernikahan merupakan jalan yang sah lagi diredhai oleh Allah SWT bagi menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Adalah merupakan fitrah manusia yang sihat bahawa seorang lelaki akan tertarik kepada perempuan, dan begitulah sebaliknya.

Maka, apabila telah wujud rasa suka dan cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan, syariat Islam telah menyediakan pernikahan sebagai jalan memanifestasikan kecenderungan dan kecintaan yang wujud di antara dua insan tersebut.


Firman Allah SWT yang lebih kurang maksudnya:


“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.” (Surah Ar-Ruum, ayat ke-21)



Sememangnya fitrah seseorang lelaki akan menyukai perempuan, dan seseorang perempuan akan menyukai lelaki. Rasa suka, cinta, dan cenderung itu adalah fitrah yang tidak boleh dinafikan malah tidak perlu dinafikan. Apa yang penting ialah perasaan itu haruslah disalurkan dan dimanifestasikan dengan cara yang halal dan baik. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa cinta itu adalah kecenderungan jiwa kepadanya (kepada sesuatu yang dicintai itu) kerana keadaannya yang merupakan suatu kenikmatan kepadanya. Semakin bertambah kenikmatan, semakin bertambahlah kecintaan. Allah SWT melengkapkan manusia dengan pancaindera yang dengannya manusia dapat merasai kenikmatan dan kelazatan dalam perkara yang disukai dan dicintai.


Dalam salah sebuah hadith yang dipetik oleh Imam Al-Ghazali di dalam Ihya’ ‘Ulumuddin;

Rasulullah SAW bersabda yang lebih kurang maksudnya:

“Tiga hal dari duniamu yang dijadikan aku menyukainya, yakni: wangi-wangian, wanita, dan kesejukan hatiku dalam solat.”



Maka, kesukaan yang diwujudkan antara seorang lelaki dan perempuan itu, haruslah disatukan melalui jalan pernikahan. Sudah tentu, pernikahan itu ada syarat-syaratnya dan adab-adabnya. Adab-adab dalam pernikahan perlu diberikan perhatian yang teliti kerana pernikahan membawa erti yang cukup besar. Antara tujuan pernikahan adalah bagi menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan perempuan. Segala batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, dari segi pandangan, sentuhan, mahupun pendengaran, diangkat melalui pernikahan. Namun, erti pernikahan yang sebenar tidaklah sekecil itu. Pada hari ini, apabila pernikahan itu difahami hanya dalam konteks menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan, maka kita dalam melihat banyaknya masalah dalam rumahtangga dan kehidupan berkeluarga. Antara erti yang paling besar melalui pernikahan adalah pernikahan ini merupakan suatu ibadah, yang dapat membantu kehidupan beragama seseorang itu.


Dalam salah sebuah hadith, Rasulullah SAW menerangkan betapa besarnya erti pernikahan dalam konteks melengkapkan agama seseorang itu. Sabda Rasulullah SAW yang lebih kurang maksudnya:


“Barangsiapa yang telah dikurniakan oleh Allah dengan isteri yang solehah, maka ia telah dilengkapkan sebahagian daripada agamanya. Maka, bertaqwalah kepada Allah untuk sebahagian yang lain itu.”


(Hadith Riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim dan dinyatakan sahih sanadnya)


Dalam matan yang lain, disebut bahawa pernikahan itu melengkapkan separuh daripada agama, dan hendaklah bertaqwa kepada Allah untuk separuh lagi. Justeru, hal ini seharusnya menggambarkan kepada kita betapa melalui jalan pernikahan itu dapat melengkapkan sebahagian besar daripada agama. Hal tersebut, sudah tentu berkait rapat dengan maksud dan hikmah pernikahan yang lain. Antaranya, melalui pernikahan kelangsungan hidup manusia sebagai manifestasi tanggungjawab khalifah dapat dipastikan berlaku. Melalui pernikahan juga akan dapat meneruskan kehidupan manusia, melalui anak-anak yang dilahirkan. Anak-anak yang dilahirkan itu akan lahir sebagai umat Rasulullah SAW. Maka, apabila terdidik pula anak-anak itu dengan baik menjadi anak yang soleh dan solehah, berbanggalah Rasulullah SAW dengan bilangan umat baginda yang banyak. Ibubapa akan mendapat kebaikan, dan masyarakat akan mendapat manfaat.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:



“Kahwinilah olehmu wanita yang pencinta (sangat mencintai suami dan anak-anak) dan peranak (subur). Maka sesungguhnya aku bermegah-megah dengan banyaknya kamu (umat Rasulullah) itu terhadap nabi-nabi yang lain di hari kiamat.” (Hadith Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)




Pernikahan juga adalah merupakan perkara yang akan dapat menenangkan jiwa, serta membantu proses untuk meningkatkan kualiti kerohanian seseorang. Hal ini demikian kerana melalui jalan pernikahan akan lebih memelihara kehormatan serta kesucian jiwa seseorang itu. Hati akan lebih tenang kerana sesebuah pernikahan yang baik itu akan dikurniakan oleh Allah SWT dengan ‘Mawaddah wa Rahmah’, yakni rasa kasih dan sayang. Selain daripada itu, pastinya adalah lebih mudah bagi seseorang yang telah berkahwin untuk memelihara diri daripada melakukan dosa dan maksiat, termasuklah maksiat hati. Apabila seseorang itu lebih mampu memelihara dirinya daripada maksiat, maka lebih mudahlah untuk seseorang itu memberikan penumpuan kepada ibadah dan usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.


Sabda Rasulullah SAW yang lebih kurang bermaksud:



“Barangsiapa yang telah merasa sanggup (mampu) untuk berumahtangga, maka hendaklah ia bernikah. Sesungguhnya nikah itu lebih melindungi penglihatan dan lebih memelihara kehormatan. Dan sesiapa yang belum sanggup (mampu), hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat mengurangkan nafsu syahwat.”



(Hadith Riwayat Bukhari)



Maka, apa yang penting untuk difahami adalah bahawa pernikahan itu merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kualiti ibadah, serta seharusnya menjadikan seseorang itu lebih dekat kepada Allah SWT. Hal ini demikian kerana pada hakikatnya, pernikahan itu sendiri adalah merupakan satu kurniaan yang besar daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Bukankah jodoh itu ketentuan Allah? Oleh sebab itulah kita dapat melihat pada hari ini, begitu ramai orang yang bercinta selama bertahun-tahun lamanya, tetapi akhirnya tidak sampai kepada pernikahan. Ada juga yang bercinta begitu lama, akhirnya menikah jua. Ada juga yang berkenalan hanya seketika, kemudian terus mendirikan rumahtangga. Keadaan-keadaan tersebut seharusnya memberikan kepada kita suatu pengertian bahawa soal jodoh bukanlah terletak kepada usaha manusia, tetapi adalah merupakan ketetapan dan ketentuan Allah SWT. Usaha manusia itu hanyalah sebagai sebab.


Maka, bagi sesiapa yang setelah menikah dengan seseorang itu, semakin jauh hatinya daripada mengingati Allah serta beribadah kepada-Nya, bukankah itu namanya kufur nikmat? Kerana erti syukur itu, adalah apabila kita menghargai pemberian dan kurniaan daripada Allah SWT untuk lebih mendekatkan kita kepada-Nya. Justeru, adalah penting juga untuk difahami bahawa di sebalik kenikmatan dan faedah pernikahan, terdapat risiko dan cabaran yang seandainya seseorang itu lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya, khususnya tanggungjawab kepada Allah dan kepada Rasulullah, maka pastinya seseorang itu akan mudah terjerumus dan terperangkap dalam hal-hal yang tidak baik yang hadir bersama sesebuah pernikahan. Imam Al-Ghazali mengingatkan tentang hal ini di dalam Ihya’ ‘Ulumuddin.


Antara kesusahan dan cabaran yang akan hadir bersama pernikahan adalah untuk mencari nafkah buat keluarga daripada sumber yang halal. Hal tersebut adalah merupakan kewajipan bagi seorang suami. Selain daripada itu, antara kemudaratan paling besar apabila seseorang itu lalai dalam kehidupan berkeluarganya adalah kelalaian daripada zikir kepada Allah SWT dan persiapan menuju akhirat. Kesibukan duniawi, kesibukan menguruskan hal keluarga, boleh sampai melalaikan seseorang itu daripada mengingati Allah SWT. Kesusahan dalam mencari nafkah, boleh sehingga mewujudkan sifat bakhil. Tuntutan kehendak dan keperluan isteri dan keluarga, boleh membawa kepada kefakiran, yang akhirnya boleh membawa seseorang itu kepada kebinasaan.


Imam Al-Ghazali memetik sebuah hadith Rasulullah SAW sebagai peringatan, yang kira-kira maksudnya:



“Akan datang pada manusia suatu zaman di mana lelaki binasa di tangan isterinya, kedua orang tuanya, dan anaknya. Mereka mencelanya dengan kefakiran dan membebaninya dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya. Maka ia memasuki tempat-tempat yang akan menghilangkan agamanya. Lalu ia binasa.”



Justeru, adalah sangat penting bagi seseorang itu untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, serta memahami dan menyikapi pernikahan itu dalam erti dan konteks ibadat yang luas. Kecintaan seorang suami kepada isteri, mahupun kecintaan seorang isteri kepada suami, haruslah jangan sampai melalaikan kecintaan yang lebih berhak. Kecintaan kepada Allah dan Rasulullah itu sudah tentu adalah yang paling utama.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:



“Tidaklah seseorang di antara kamu beriman sehingga ia menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada keluarganya, hartanya, dan manusia seluruhnya.”



Apabila seseorang itu mencintai keluarganya, hartanya dan dunianya lebih daripada kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka sudah tentu Allah akan menyerahkan seseorang itu untuk diurus dan diaturkan kehidupannya oleh dunianya. Namun, apabila seseorang itu menjadi kekasih Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka kehidupannya diatur dan diurus oleh Allah SWT. Bukankah Allah itu sebaik-baik pengurus? Bukankah Allah itu sebaik-baik pembantu dan penolong? Sungguh, sebaik-baik tempat bergantung hanyalah Allah!

~ Selamat Hari Raya Aidilfitri ~ 1430H


Bismillahirahmanirrahim
Sempena Hari Lebaran yang bakal menjelma, saya ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan sekiranya ada tutur bicara atau perilaku yang telah mengguris hati sesiapapun sepanjang kita berkenalan.


Selamat berbahagia di Aidilfitri, ceria-ceria selalu..


~ Dengan ingatan tulus ikhlas ~






Keutamaan Zakat


Allah Azza Wa Jalla berfirman :


Ertinya : " Dan Dirikanlah solat dan berikanlah zakat." ( Al-Baqarah : 43 )


Zakat merupakan salah satu rukun Islam di mana ia ditegakkan di atas lima rukun , seperti yang disabdakan Rasulullah S.A.W :


" Islam itu dibangun di atas lima (asas) - Bersaksi tidak ada tuhan selain ALLAH dan sesungguhnya Muhammad itu hamba dan utusan-Nya, mendirikan solat dan memberikan zakat...(Al-Hadis)


" Orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tiada membelanjakannya di jalan Allah, hendaklah diberi peringatan dan seksaan pedih. Inilah harta benda yang kamu simpan untuk dirimu, maka rasailah olehmu (balasan) dari barang yang kamu simpan dahulu itu."


( At-Taubah : 34-35 )



Dirawikan bahawa Rasulullah SAW ketika malam Israk melalui suatu kaum di belakang dan depan mereka ada tali. Mereka diheret seperti binatang ke pohon berduri, makanan yang membunuh dan batu panas. Rasulullah SAW bertanya, " Siapa mereka wahai Jibril?" Ia menjawab, " Mereka orang-orang yang tidak mahu menyedekahkan akan harta mereka. Allah tidak menganiaya mereka. Allah tidak menganiaya hamba-Nya."
Diceritakan sekelompok tabi'e pergi menziarahi Abi Sanan. Ketika sampai dan duduk di sisinya, dia berkata, " Kemudian kami datangi lelaki itu dan kudapati banyak menangisi saudaranya. Kuhibur ia namun tidak berhasil. Maka kami berkata, " Tidak kah kau tahu mati itu jalan yang mesti ditempuhi?" Dia menjawab, " Itu betul, tetapi aku menangisi seksanya pagi dan petang." Kami bertanya, " Apakah Allah telah membukakan yang ghaib padamu?" Dia menjawab, " Tidak, tetapi ketika aku menguburnya dan meratakan tanahnya, dimana apabila orang telah pergi, aku duduk diatas kuburnya. Lalu terdengar suara dari kuburnya, aduh...kalian tinggalkan aku sendirian merasai seksa. Sedangkan aku telah solat dan berpuasa. Suara itu membuatkan aku menangis. Maka kugali kuburnya dan kulihat keadaannya. Ternyata kuburnya ada api yang membakarnya. Di lehernya ada kalung dari api. Sebagai saudara aku kasihan padanya. Maka kucuba ambil kalung itu dengan tanganku. Namun jari dan tanganku terbakar. Ia hulurkan tangannya padaku. Tetapi tangan itu telah hangus. Maka tanah kuratakan dan aku meninggalkannya. Bagaimana aku tidak menangisi dan berdukacita padanya?"
Kami berkata, " Ini sesuai dengan Firman Allah SWT :
" Janganlah orang-orang yang bakhil dengan barang-barang yang dikurniakan Allah padanya itu mengira bahawa bakhil itu baik bagi mereka. Nanti akan dikalungkan ke leher mereka barang yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat."
( Al-Imran : 180 )
Saudaranya itu merasai seksa itu sampai hari kiamat. Kemudian kami pergi dari sisinya dan datang kepada Abi Dzar, sahabat Rasululluh SAW, maka kuceritakan perihal lelaki itu padanya dan kukatakan bahawa orang Yahudi dan Nasrani pun tidak sedemikian rupa. Lalu dia berkata, " Mereka telah jelas di Neraka. Ada pun yang diperlihat Allah padamu perihal orang yang beriman itu agar engkau boleh mengambil teladan.
Allah berfirman :
" Barangsiapa melihat, maka (bahagialah) bagi dirinya dan barangsiapa buta, maka (celakalah) atas dirinya. Bukankah Aku yang menjaga perbuatanmu?"
( Al-An'am : 104 )
Tersebut dalam riwayat, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda :
" Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat di sisi Allah bagaikan orang Yahudi. Orang yang tidak mahu memberi pada si miskin di sisi Allah seperti orang Majusi. Siapa yang tidak mahu zakat tidak mahu memberi si miskin, ia dilaknati Malaikat dan Rasulullah SAW dan tidak diterima kesaksiannya."
Baginda bersabda :
" Untunglah ia yang memberi zakat dan membantu si miskin. Untung bagi orang yang tidak punya seksa zakat dan seksa hari Kiamat. Barangsiapa yang memberikan zakat hartanya, dihilangkan darinya seksa kubur dan Allah mengharamkan dagingnya di Neraka serta mewajibkannya masuk ke Syurga tanpa hisab, bahkan tidak ditimpa kehausan di hari Kiamat."

Mencintai Saudara Sebagaimana Mencintai Diri Sendiri


Saudaraku muslim yang mulia. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Anas r.a. Nabi S.A.W bersabda :

Ertinya : “ Salah seorang di antara kamu tidaklah beriman ( secara sempurna ) sehingga ia mencintai kebaikan bagi saudara-saudaranya sepenuh kecintaanya akan kebaikan itu untuk dirinya sendiri.”

Ini adalah makna daripada firman Allah S.W.T yang bermaksud :

Ertinya: “ Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara. " ( Al-Hujarat: 10 )

Bagaimana cara kita mencintai saudara sebagaimana mencintai diri kita sendiri?

Para ulama menjelaskan, “ Engkau mencintai kebaikan baginya seperti halnya engkau menginginkan perkara itu bagi dirimu sendiri.” Sedangkan di antara bentuk kebaikan yang paling agung adalah engkau menginginkan agar ia menempuh jalan yang lurus, memperoleh petunjuk, mendirikan solat lima waktu dengan berjemaah, agar ia sentiasa mendalami urusan agama.

Suatu ketika ada seorang Arab Badwi yang mencaci Ibnu Abbas. Lalu Ibnu Abbas menjawab, “ Adakah kamu masih juga mencaciku, sedangkan pada diriku ada tiga sifat ( mulia ) ?”Orang itu bertanya, “ Apakah ketiga sifat ( mulia ) tersebut, wahai Ibnu Abbas?” Beliau menjawab, “ Demi zat yang jiwaku ada ditangan-Nya, setiap kali turun hujan di suatu negeri, aku selalu memuji Allah ( mengucap hamdallah ) dan turut berasa senang, sekalipun aku tidak mendapat keuntungan sedikit pun dengan turunnya hujan di negeri itu. Demi Allah, setiap kali aku dengar ada seorang hakim yang menghukumi dengan kitab Allah, aku pasti mendoakan kebaikan untuknya, sekalipun ku tidak mempunyai apa-apa kepentingan. Demi Allah, setiap kali aku memahami satu ayat daripada kitab Allah, maka aku selalu berharap kepada Allah kiranya berkenan memberikan kefahaman kepada orang lain seperti yang dapat aku fahami."

Para Ulama menceritakan kebiasaan Ibnu Sirin. Setiap kali beliau berganjak ke tempat tidur, beliau selalu membersihkan dirinya daripada debu, lantas membaca surah Al-Ikhlas tiga kali dan juga ayat-ayat mu'awwidzat (yang berisi perlindungan daripada Allah seperti surah Al-Falaq, An-Nas dan yang lain), baru kemudian memanjatkan doa, “ Ya Allah, berikanlah keampunan kepada orang yang mencelaku, yang menzalimiku dan yang mencaciku. Ya Allah, berikanlah keampunan kepada orang yang melakukan perkara itu terhadapku daripada kalangan kaum muslimin.”

Abu Daud meriwayatkan dengan sanad mursal bahawa Rasulullah S.A.W. Bersabda kepada para sahabat, “ Adakah masing-masing daripada kamu berasa keberatan untuk menjadi seperti Abu Domdom.?”

Abu Domdom adalah salah seorang sahabat Nabi S.A.W. Dia seorang yang miskin. Segenggam kurma pun ia tidak punya. Suatu kali Rasulullah S.A.W. memerintahkannya agar bersedekah. Dia pun mencari sekeping wang dinar atau dirham di dalam rumahnya untuk disedekahkan, namun dia idak mempunyai apa-apa. Maka, dalam kegelapan malam, dia pun bangun dan mengerjakan solat dua rakaat seraya berdoa, “ Ya Allah, ya Tuhanku! Orang-orang yang berharta boleh bersedekah dengan harta mereka, mereka yang memiliki kuda boleh mengerahkan kuda mereka (untuk kepentingan jihad) dan orang yang memiliki unta juga boleh menyiapkan unta mereka. Sedangkan aku ini, ya Allah, tidak punya harta benda. Tidak punya kuda dan tidak punya unta. Ya Allah, kerana itu aku sedekahkan kepada-Mu dengan doaku ini dan terimalah sedekahku ini. Ya Allah, setipa orang yang berbuat zalim kepadaku atau mencelaku atau mencaciku atau mengunjingku daripada kalangan kaum muslimin, maka jadikanlah mereka selalu sihat, selalu mendapat kemudahan dan selalu mendapat maaf dari-Mu.”

Akhirnya, Allah pun menerima sedekahnya. “ Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan) daripada orang-orang yang bertakwa.” ( Al-Maidah: 27 )

Bila Al-Quran Mula Bersuara


Waktu engkau masih kanak-kanak, kau laksana kawan sejatiku dengan wudu’,
Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku, kau junjung dan kau pelajari.
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
setelah selesai engkau menciumku mesra


Sekarang, engkau telah dewasa…
Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku.
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau mungkin menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.


Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan.
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.


Dulu…pagi-pagi…surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau..
Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…
engkau baca surat khabar dahulu waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan.
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah-surahku (Bismillah).


Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke radio kesukaanmu mengasyikkan
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mula bekerja
Di Komputermu pun kau pasang muzik kegemaranmu
Jarang sekali engkau alunkan ayat-ayatku.
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu,
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau sanggup duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu………

Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya..


Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t.
Sekarang engkau begitu mudah membuang waktumu…
Setiap saat berlalu…
Dan akhirnya…
kubur yang setia menunggu mu…
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati…


Di kuburmu nanti…
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri Dalam perjalanan ke alam akhirat
Dan Akulah “Al-Qur’an”, kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu
Peganglah Aku kembali.. ..
bacalah aku kembali setiap hari
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu..
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu


Sentuhilah Aku kembali…
Baca dan pelajari lagi Aku…
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat seperti dulu
Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri…
Dalam bisu dan sepi….

Final Match of Ramadan League : Second Half Prediction


Assalamualaikum para penonton sekalian,


Tepat jam 12 malam 16 Ramadan 1430 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.


Untuk makluman saudara sekalian,


Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Umpat meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda Taqwa United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi Roque Syahwat Cruz, Carlos Umpat, Dengki-ho dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari)


Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros dan Stephen IkutNafsu terutama ketika waktu berbuka dan di pusat membeli-belah di separuh masa pertama.


Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho dan Kolo TidoLajak. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti kedua-dua tembok besar pasukan Nafsu City itu untuk menjaringkan gol-gol yang diperlukan.


Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.


Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.


Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.


Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini...


Sekian dari saya, Hizbullah Awang untuk anda yang masih termenung di luar sana.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*******Afiq Izzudin merupakan Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland(PPIMI) sesi 2009/2010. Kini beliau merupakan pelajar perubatan di Royal College of Surgeons in Ireland(RCSI).

Ikhtilat...Ikhwah...Akhawat

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.


Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah. Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam. Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian.

Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah. Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.




" Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."
Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.

"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar-benar penting (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".

Ulul Albab : Nuzul Al-Quran Pedoman Hayati Kitab Suci


Kandungan kitab Allah lengkap dengan penawar, petunjuk urus kehidupan MALAM ini umat Islam secara rasmi kenegaraan mahu pun tidak akan meraikan tahun ke-1413 sempena diturunkan ayat pertama Al-Quran yang diwahyukan Allah SWT kepada Nabi Junjungan kita, Muhammad SAW di Gua Hirak. Keraian ini sebagai bukti zahir kecintaan kita kepada kitab petunjuk, Al-Quran. Dengan meraikannya diharapkan kita selalu ingat dan dekat dengannya, merujuk kepadanya jika menghadapi kesusahan hidup dan kekal menjadikannya panduan hidup sama ada sebagai individu atau masyarakat. Antara kata hikmah yang disinarkan Al-Quran daripada diri seseorang yang membaca, memahami dan mentadabburinya ialah ucapan khalifah Abu Bakar al-Siddiq seperti ditulis al-Mahasibi dalam kitabnya Risalah al-Mustarshidin: "Bertakwalah kepada Allah dengan cara mentaati-Nya, dan taatlah kepada Allah dengan bertakwa kepada-Nya. Tahanlah tanganmu daripada menumpahkan darah kaum Muslimin dan perutmu daripada memakan harta mereka, serta lisanmu daripada mencela kehormatan mereka."


Tali Al-Quran yang mengikat Abu Bakar sejak masuk Islam menjadikan beliau graduan berjaya yang mengamalkan apa yang dia dapat daripada membaca, memahami dan mentadabburinya. Abu Bakar termasuk orang terawal mendengar Al-Quran dan menerimanya sebagai kalam Allah. Membaca Al-Quran dan mentadabburinya, mendalami isinya dan merenungi kandungan ayatnya ialah perkara yang dapat dijadikan cara untuk meraih kebahagiaan dan kelapangan hati. Allah menyifatkan kitab-Nya itu sebagai petunjuk, cahaya dan penawar penyakit atas semua yang ada di dalam dada. Allah juga menyifatkannya sebagai rahmat. Dengan penyebutan kata quran 71 kali oleh Al-Quran dan 50 daripadanya ialah kata tunggal Al-quran seperti dipaparkan mesin pencari Pocket Quran adalah satu bukti kebesaran nama Al-Quran sendiri. Ini belum lagi sebutannya dalam bentuk kata dhamir seperti anzalnahu (Kami menurunkannya), atau nama lain seperti al-Kitab, al-Furqan dan al-Huda.


Al-Quran memperkenalkan diri dengan di dalamnya tidak ada keraguan seperti menerusi ayatnya bermaksud: "Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (mengenai datangnya daripada Allah dan kesempurnaannya pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa." (Surah al-Baqarah: 2)


Al-Quran memperkenalkan dirinya sebagai petunjuk dalam ayatnya bermaksud: "Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan orang yang beriman yang mengerjakan amal salih, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. Dan orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah al-Israk: 9)


Al-Quran bukan hanya petunjuk kepada sesuatu kaum tetapi kepada umat manusia seluruhnya ke jalan amat lurus. Ia wajib dipegang dan ditaati dengan wajib meninggalkan kitab lain agar tidak tersesat. Al-Quran memperkenalkan dirinya sebagai pelajaran dan penawar semua penyakit di dalam dada menerusi ayatnya bermaksud: "Sesungguhnya sudah datang kepadamu sebuah pelajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit (yang berada dalam dada)." (Surah Yunus: 57)


Al-Quran memperkenalkan dirinya sebagai ubat penawar dan rahmat dalam ayatnya bermaksud: "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur daripada al-Quran, ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya, dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian." (Surah al-Israk: 82)


Al-Quran memperkenalkan dirinya sebagai sesuatu yang mempunyai keberkatan dalam ayatnya yang bermaksud: "(Al-Quran) ini kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) yang penuh dengan berkat supaya memperhatikan ayatnya dan untuk orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar." (Surah Sad: 29).


Berkat dalam ayat ini bermakna banyak faedah dan manfaat. Demikianlah beberapa pengenalan yang disampaikan al-Quran mengenai dirinya yang tidak ada syak atas kebenarannya, petunjuk, pelajaran, penawar, rahmat dan berkat. Ketika seseorang menerima pelawaan perkenalan diri al-Quran ini kemudian menjadikannya sebagai teman sepanjang hayat dalam apa juga keadaan, lahirlah peribadi dan masyarakat 'khaira ummah', atau sebaik-baik umat (Surah Ali Imran: 110) yang dibuktikan pada zaman Nabi SAW dan sahabat Baginda.


Al-Syahid Sayyid Qutb dalam pendahuluan Fi Zilal al-Quran menulis bahawa hanya al-Quran saja yang menjadi sumber panduan mereka, perjalanan hidup dan gerak-geri mereka. Ini bukan kerana umat manusia pada zaman itu tidak punya tamadun, kebudayaan, pelajaran, buku atau kajian kerana sebenarnya pada zaman itu sudah ada tamadun dan kebudayaan Romawi, buku dan undang-undangnya, yang sudah dan masih dijadikan panduan orang Eropah sampai hari ini. Di sana juga sudah wujud peninggalan tamadun Yunani (Greek), ilmu mantiknya, falsafah dan kesenian yang juga masih menjadi sumber pemikiran Barat hingga sekarang, malah di sana juga wujud tamadun dan peradaban Parsi, kesenian, sajak, syair dan dongeng, kepercayaan dan sistem perundangannya, serta tamadun lain, seperti India, China. Romawi dan Parsi berada di sekeliling Semenanjung Arab, sama ada di utara atau selatan, ditambah agama Yahudi dan Nasrani yang sudah wujud di tengah semenanjung itu sejak berapa lama dulu.


Jadi bukan faktor kekurangan tamadun dan kebudayaan duniawi yang menyebabkan generasi pertama itu menceduk daripada Kitab Allah (al-Quran) saja pada peringkat pertumbuhan mereka, tetapi ialah planning yang ditentukan dan program yang diatur. Dalil yang terang atas keadaan ini ialah kemurkaan Rasulullah SAW ketika beliau melihat Saidina Umar al-Khattab RA memegang sehelai kitab Taurat.


Melihat keadaan ini Baginda bersabda yang bermaksud: "Demi Allah jika Nabi Musa masih hidup bersama kamu sekarang pun, tidak halal baginya melainkan mesti mengikut ajaranku." (Hadis riwayat Abu Ya'la).


Oleh itu, kesimpulannya Rasulullah SAW bermaksud dan mengarahkan sumber panduan dan pengajaran generasi pertama itu pada peringkat pertumbuhan lagi, hanya terbatas kepada kitab Allah (al-Quran) supaya jiwanya melurus ke arah program-Nya yang tunggal itu. Baginda murka melihatkan Umar cuba mencari panduan daripada sumber selain al-Quran. Rasulullah SAW bertujuan membentuk satu generasi bersih hati, pemikiran, pandangan hidup, perasaannya dan murni jalan hidupnya daripada unsur selain landasan Ilahi yang terkandung dalam al-Quran. Pepatah mengatakan tak kenal maka tak cinta dan jika tidak ada kasih sayang hubungan akan hambar, kaku bahkan beku sehingga kita tidak menghiraukan keindahan dan manfaat teman. Al-Quran memperkenalkan dirinya, tidakkah anda mahu berkenalan dengannya? Ramadan karim.

Adakah Kita Bersyukur...???


Ramai diantara kita yang sudah mula menyiapkan persiapan menyambut Syawal... Kemeriahan cukup dirasai....Nak beli baju baru..kasut baru...perabot baru...semua nak baru...Kuih-muih pun mesti sudah ada...Cukup seronok, tak sabar nak beraya, nak balik kampung...bermaaf-maafan sesama keluarga, sanak-saudara dan sahabat-sahabat...ziarah menziarahi antara satu sama lain..Tapi kita ada juga mendengar keluhan-keluhan dengan ujian-ujian dalam berpuasa... Tak tahan, cuaca panas la... letih lah...Bila berbuka pula, semua nak... dan macam-macam lagi...


Cuba ambil masa kita fikir sejenak adakah ujian yang kita terima itu lebih berat dari saudara-saudara kita yang lain...?? Kita hanya diuji dengan ujian yang begitu kecil jika dibandingkan dengan saudara-saudara kita, menyambut bulan mulia dalam negara yang kucar kacir kerana peperangan, kemiskinan dan kebuluran, terjadinya bencana alam yang memusnahkan segala harta benda mereka...








Bersyukurlah dengan nikmat dan kurniaanya... Kita adalah insan yang paling beruntung...


SEJUMLAH penduduk semalam bersolat Jumaat di dalam bangunan masjid yang musnah akibat gempa bumi di Kampung Ciloa, Tasikmalaya, Indonesia.



Janganlah kita menjadi golongan-golongan yang tidak tahu bersyukur....


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidakdiuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "- Surah Al-Baqarah ayat 286





Doa Yang Terbaik


'Sebaik-baik doa yang harus engkau panjatkan kepada Allah, adalah apa-apa yang Allah perintahkan kepadamu' (Ibnu Athaillah)


Nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sebenarnya jauh lebih besar daripada nikmat yang kita minta. Saat kita meminta rezeki, pada saat bersamaan rezeki yang Allah curahkan kepada kita, jauh lebih melimpah. Saat kita meminta kebaikan, pada saat bersamaan kebaikan yang Allah berikan jauh lebih banyak dari yang kita duga. Hanya saja, keterbatasan ilmu dan ketertutupan mata hati, membuat kita jarang menyedari besarnya kurnia tersebut.


Doa yang kita mohonkan kepada Allah terbahagi kepada 3 tingkat:


1) Doa meminta dunia.Inilah doa dengan tingkatan "terendah". Dalam doa ini, tidak ada yang kita minta selain dunia, termasuk minta harta berlimpah, minta kedudukan, minta berjaya dalam bisnes atau pekerjaan, minta jodoh, dsb. Tidak salah kita berdoa seperti ini, bahkan dianjurkan dan bernilai pahala.


2) Doa minta pahala.Pada tingkatan kedua ini kita meminta agar Allah SWT membalas semua kebaikan kita dengan balasan berlipat ganda. Puncaknya, kita meminta dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhkan dari neraka. Doa tingkatan kedua ini lebih bernuansa akhirat, dan nilainya lebih tinggi dari sekadar meminta dunia.


3) Doa meminta rahmat dan ridha Allah.Inilah cita-cita tertinggi yang harus dimiliki seorang Muslim lagi Mukmin . Tentang hal ini, dalam kitab Hikam, Imam Ibnu Athaillah mengungkapkan bahwa:"Sebaik-baik doa yang harus engkau panjatkan kepada Allah, adalah apa-apa yang Allah perintahkan kepadamu."Jadi, doa terbaik yang harus kita panjatkan kepada Allah adalah doa minta dikuatkan iman, doa minta diberi ketaatan pada semua perintah dan diberi kekuatan menjauhi larangan, serta istiqamah dalam pengabdian. Rasulullah SAW mencontohkan sebaik-baik doa, yaitu:Allahumma inni as'aluka ridhaakawal jannah, wa 'audzubika min sakhaathika wannaar.Ertinya, "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, ridha-Mu dan syurga; dan aku berlindung kepada-Mu dari murka-Mu dan api neraka".Saat kita meminta ridha Allah, maka saat itu kita telah meminta hal paling berharga dalam hidup. Sebab, tidak ada gunanya harta, pangkat, jabatan, rupa, atau apa pun, bila Allah tidak ridha kepada kita. Bila Allah sudah ridha, maka semuanya akan jadi mudah. Dunia, insyaAllah akan kita dapatkan, dan akhirat pun akan kita peroleh.






Kerana itu,


- daripada minta kecukupan, lebih baik kita minta tawakal


- daripada minta nikmat, lebih baik kita minta syukur


- daripada minta terlepas dari musibah, lebih baik minta sabar, dsb.


Hal ini bukan bererti kita tidak boleh berdoa. Berdoalah apa pun, selama tidak memohon kemaksiatan.

Muslimah : Antara Dakwah Dan Rumahtangga

Antara dakwah dan rumahtangga mana yang lebih utama?

Kedua-duanya adalah aula, sama martabat kepentingan, wajib dilaksanakan dan perlu seiring.Tapi kalau suami tak izin, macam mana ye? Kalau taat pada suami, terabai amanah Allah tapi kalau teruskan dakwah, derhaka pula pada suami.Seandainya berlaku pertembungan pula, suami perlu isteri di sisi… isteri pula ada aktiviti dakwah yang khusus, mana perlu pilih? Sebenarnya, ada penyelesaian kepada masalah-masalah sebegini. Tapi, sebelum berumahtangga lagi wanita yang komited pada dakwah perlu sedar calon suami yang dipilih seharusnya di kalangan pemuda yang berpegang pada fikrah Islam dan bercita-cita untuk berjihad di jalan Allah. (salah satu ciri lelaki soleh mengikut pandangan ulama).

Namun, jodoh pertemuan di tangan Allah. Kalau ditakdirkan wanita solehah ditentukan berkahwin dengan lelaki yang tiada minat pada dakwah, masih ada jalan untuk menjayakan rumahtangga tanpa meminggirkan dakwah. Wanita solehah yang taat pada Allah wajib taat pada suami dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab menguruskan rumahtangga. Keperluan suami dan anak-anak dipenuhi dengan sebaik mungkin dan tidak mengutamakan kerjaya melebihi rumahtangga. Namun, dalam urusan dakwah, keutamaan terhadap keluarga tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan atau menjadikan dakwah pilihan kedua atau sekadar aktiviti di waktu lapang. Tapi, keredhaan suami juga sangat penting dalam setiap langkah si isteri di atas jalan dakwah. Sekiranya timbul masalah, di situlah perlunya ilmu dan kesabaran untuk menghadapi situasi yang menekan. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Jangan korbankan salah satunya, cuba yang terbaik untuk mendapatkan keduanya. Setiap usaha dan kepayahan yang ditempuh untuk menjayakan rumahtangga dan dakwah akan diganjari dengan sebaik-baik ganjaran.Sebelum tu, kita bincangkan dulu hukum berdakwah.

Dalam Islam, hukum dakwah adalah wajib syarie, tidak gugur selagi seorang muslim itu masih hidup. Maka, sebarang kecuaian tidak melakukannya adalah dosa. Status kewajipannya adalah Fardu `ain, bukan kifayah. Perkara ini dijelaskan dalam Al-Quran dan hadith.

"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk (faedah) manusia, Kamu mengajak kepada kebajikan dan kamu mencegah daripada kemungkaran serta kamu beriman kepada Allah....." Ali-Imran :110
" Barang siapa daripada kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaan), apabila ia tidak berkuasa (dengan tangan) maka dengan lidahnya (teguran atau nasihat), apabila tidak kuasa (dengan lidahnya) maka dengan hatinya dan yang demikian adalah selemah-lemah iman." (Riwayat Muslim).
" Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu ummah yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan perkara ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Dan merekalah orang-orang yang berjaya" Ali-Imran ayat 104
"Sampaikanlah sesuatu daripada aku walaupun satu ayat sekalipun"(Hadith)
"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat mauizah (nasihat) yang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan kamu dialah sahaja yang lebih mengetahui tentang siapa yang sesat daripada jalannya dan dialah sahaja yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." An-Nahl ayat 125
" Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal soleh dan berkata aku adalah daripada orang-orang yang menyerah diri(muslimin)". Al - Fussilat: 33




Hukum dakwah adalah wajib, taat pada suami juga wajib. Tapi perlu diingat, suami yang


menegah isteri dalam melaksanakan kewajipan adalah berdosa. Menegah perkara wajib membawa kepada maksiat kepada Allah. Dari segi feqah, isteri tidak wajib meminta izin suami untuk melakukan perkara-perkara wajib. Sebagai contoh, melaksanakan puasa wajib dan menunaikan haji. Sekiranya suami tak izinkan sekalipun, kewajipan tersebut tidak gugur dan melaksanakannya tetap fardhu Ain. Tapi dalam masalah haji, boleh wanita tersebut menunaikan haji walau tanpa izin suami dengan syarat ditemani oleh mahram yang thiqah (dipercayai). Tapi dalam bab-bab lain, seperti solat dan puasa,


tidak perlu kepada sebarang syarat untuk melaksanakannya walau tanpa izin suami kerana tiada ketaatan pada perkara mungkar.




“Tiada ketaatan dalam bermaksiat kepada Allah, ketaatan itu hanya dalam hal yang makruf” - (Muttafaqun'alaih)


“Siapapun penguasa yang memerintah kalian kepada kemaksiatan, maka janganlah kalian mentaatinya” - (Ditakhrij Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, As-Silsilah Ash-Shahihah 2324)

“Taat kepada imam adalah kewajiban seorang muslim, selama ia tidak memerintahkan kemaksiatan. Apabila ia memerintahkan kemaksiatan maka tiada ketaatan baginya.” (As-Silsilah Ash-Shahihah 752)
“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam hal bermaksiat kepada Al-Khaliq (Allah)” (Misykatul Mashbih dan dishahihkan Al-Albani dalam At-Tahqiq 3969)

“Siapa saja yang melepaskan diri dari ketaatan, pada hari kiamat ia akan bertemu Allahtanpa dapat mengajukan alasan. dan siapa saja yang meninggal dunia sedang dilehernya tidak ada tanda bai'at (janji setia pada Islam), maka ia mati seperti pada zaman Jahiliyah. (Hr.Muslim)


Dalam Riwayat lain dikatakan : "Siapa saja yang mati sedang ia memisahkan diri dari jamaah (fikrah Islam), sungguh ia telah mati seperti pada zaman Jahiliyah".




Jadi, telah jelas tentang kewajipan dakwah dan isteri tidak perlu keizinan suami pada perkara-perkara wajib.Namun dalam isu menunaikan kewajipan dakwah, seorang isteri tidak perlu menjadikan dakwah sebagai alasan mengetepikan perasaan suami yang tidak ‘faham’ tentang jemaah dan dakwah. Dibimbangi rumahtangga akan retak dan suami menjadi semakin benci atau marah dengan tindakan isteri. Seandainya isteri jahil dalam memainkan peranan menyelesaikan konflik ini, pastinya rumahtangga tidak dapat mencapai nikmat kebahagiaan sebenar.




Langkah pertama yang harus diambil oleh si isteri, pastikan thabat(tetap) dengan niat untuk meneruskan dakwah walaupun suami agak liat atau tidak mengizinkan urusan dakwah dilaksanakan. Doakan supaya terbuka pintu hati suami dan diampunkan dosa atas kejahilannya tentang kewajipan dakwah.


Langkah kedua. Jangan sekali-kali melawan suami walaupun hati memberontak dengan tindakan suami yang mementingkan urusan peribadi berbanding agama. Pastikan kehendak suami dipenuhi dalam masa yang sama fikirkan kaedah untuk meneruskan dakwah. Perlu diingat, melaksanakan kewajipan tidak perlu pada keizinan suami dan taat pada suami hanya pada perkara ma’ruf. Dalam masa yang sama, hati suami sangat utama untuk dijaga. Jadikan redha suami sebagai cita-cita dalam setiap perkara. Jangan berhenti berdoa supaya suami redha malah turut serta dalam dakwah.


Langkah ketiga. Jangan sempitkan skop dakwah. Walaupun dakwah secara langsung dan berdepan dengan mad’u dan masyarakat adalah satu sunnah terbaik, masih lagi ada cabang-cabang dakwah yang boleh dilaksanakan mengikut kemampuan. Andainya suami tidak mengizinkan keluar rumah untuk aktiviti dakwah, cuba juga dengan menggunakan kaedah dakwah yang berbeza iaitu dengan dakwah bil katabah atau dakwah bil hal. Dengan kata lain, isteri masih boleh berdakwah dengan penulisan samada berbentuk risalah, atau menulis dalam blog atau email. Kalau masih terkekang oleh suami, cuba juga dakwah bil hal iaitu dengan menunjukkan contoh teladan yang baik melalui perbuatan, sikap, pandangan, tingkah laku yang positif, dan kerja-kerja amal yang dilakukan. Itupun masih dalam skop berdakwah. Dakwah bil hal atau dengan tauladan ini sangat berkesan dalam mendidik anak-anak, kaum keluarga terdekat bahkan masyarakat yang berurusan dengan kita. Dalam masa yang sama, teruskan berdoa supaya Allah merahmati suami dan terbuka pintu hatinya.Seandainya dakwah tidak dapat dilaksanakan kepada umum, pastikan roh dakwah wujud dalam rumahtangga. Mudah-mudahan dengan usaha yang istiqamah dan doa yang sungguh-sungguh, matlamat dan cita-cita dakwah akan tercapai.


Sebagai seorang muslimah, tanggungjawab dan amanah terhadap agama dan keluarga begitu besar, dan kelak akan dimintai pertanggung-jawabannya di hari akhirat.


Barakallahulaka.


Wallahua’lam


بسم الله الرحمن الرحيم
AHLAN WASAHLAN

tak perlu mencari teman secantik BALQIS..
andai diri tak sehebat SULAIMAN..

mengapa mengharap teman setampan YUSUF..
jika kasih tak setulus ZULAIKHA..

tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM..
andai diri tak sekuat HAJAR..

mengapa didamba teman hidup sempurna MUHAMMAD..
andai diri tak sehebat KHADIJAH..