~ Selamat Hari Raya Aidilfitri ~ 1430H


Bismillahirahmanirrahim
Sempena Hari Lebaran yang bakal menjelma, saya ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan sekiranya ada tutur bicara atau perilaku yang telah mengguris hati sesiapapun sepanjang kita berkenalan.


Selamat berbahagia di Aidilfitri, ceria-ceria selalu..


~ Dengan ingatan tulus ikhlas ~






Keutamaan Zakat


Allah Azza Wa Jalla berfirman :


Ertinya : " Dan Dirikanlah solat dan berikanlah zakat." ( Al-Baqarah : 43 )


Zakat merupakan salah satu rukun Islam di mana ia ditegakkan di atas lima rukun , seperti yang disabdakan Rasulullah S.A.W :


" Islam itu dibangun di atas lima (asas) - Bersaksi tidak ada tuhan selain ALLAH dan sesungguhnya Muhammad itu hamba dan utusan-Nya, mendirikan solat dan memberikan zakat...(Al-Hadis)


" Orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tiada membelanjakannya di jalan Allah, hendaklah diberi peringatan dan seksaan pedih. Inilah harta benda yang kamu simpan untuk dirimu, maka rasailah olehmu (balasan) dari barang yang kamu simpan dahulu itu."


( At-Taubah : 34-35 )



Dirawikan bahawa Rasulullah SAW ketika malam Israk melalui suatu kaum di belakang dan depan mereka ada tali. Mereka diheret seperti binatang ke pohon berduri, makanan yang membunuh dan batu panas. Rasulullah SAW bertanya, " Siapa mereka wahai Jibril?" Ia menjawab, " Mereka orang-orang yang tidak mahu menyedekahkan akan harta mereka. Allah tidak menganiaya mereka. Allah tidak menganiaya hamba-Nya."
Diceritakan sekelompok tabi'e pergi menziarahi Abi Sanan. Ketika sampai dan duduk di sisinya, dia berkata, " Kemudian kami datangi lelaki itu dan kudapati banyak menangisi saudaranya. Kuhibur ia namun tidak berhasil. Maka kami berkata, " Tidak kah kau tahu mati itu jalan yang mesti ditempuhi?" Dia menjawab, " Itu betul, tetapi aku menangisi seksanya pagi dan petang." Kami bertanya, " Apakah Allah telah membukakan yang ghaib padamu?" Dia menjawab, " Tidak, tetapi ketika aku menguburnya dan meratakan tanahnya, dimana apabila orang telah pergi, aku duduk diatas kuburnya. Lalu terdengar suara dari kuburnya, aduh...kalian tinggalkan aku sendirian merasai seksa. Sedangkan aku telah solat dan berpuasa. Suara itu membuatkan aku menangis. Maka kugali kuburnya dan kulihat keadaannya. Ternyata kuburnya ada api yang membakarnya. Di lehernya ada kalung dari api. Sebagai saudara aku kasihan padanya. Maka kucuba ambil kalung itu dengan tanganku. Namun jari dan tanganku terbakar. Ia hulurkan tangannya padaku. Tetapi tangan itu telah hangus. Maka tanah kuratakan dan aku meninggalkannya. Bagaimana aku tidak menangisi dan berdukacita padanya?"
Kami berkata, " Ini sesuai dengan Firman Allah SWT :
" Janganlah orang-orang yang bakhil dengan barang-barang yang dikurniakan Allah padanya itu mengira bahawa bakhil itu baik bagi mereka. Nanti akan dikalungkan ke leher mereka barang yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat."
( Al-Imran : 180 )
Saudaranya itu merasai seksa itu sampai hari kiamat. Kemudian kami pergi dari sisinya dan datang kepada Abi Dzar, sahabat Rasululluh SAW, maka kuceritakan perihal lelaki itu padanya dan kukatakan bahawa orang Yahudi dan Nasrani pun tidak sedemikian rupa. Lalu dia berkata, " Mereka telah jelas di Neraka. Ada pun yang diperlihat Allah padamu perihal orang yang beriman itu agar engkau boleh mengambil teladan.
Allah berfirman :
" Barangsiapa melihat, maka (bahagialah) bagi dirinya dan barangsiapa buta, maka (celakalah) atas dirinya. Bukankah Aku yang menjaga perbuatanmu?"
( Al-An'am : 104 )
Tersebut dalam riwayat, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda :
" Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat di sisi Allah bagaikan orang Yahudi. Orang yang tidak mahu memberi pada si miskin di sisi Allah seperti orang Majusi. Siapa yang tidak mahu zakat tidak mahu memberi si miskin, ia dilaknati Malaikat dan Rasulullah SAW dan tidak diterima kesaksiannya."
Baginda bersabda :
" Untunglah ia yang memberi zakat dan membantu si miskin. Untung bagi orang yang tidak punya seksa zakat dan seksa hari Kiamat. Barangsiapa yang memberikan zakat hartanya, dihilangkan darinya seksa kubur dan Allah mengharamkan dagingnya di Neraka serta mewajibkannya masuk ke Syurga tanpa hisab, bahkan tidak ditimpa kehausan di hari Kiamat."

Mencintai Saudara Sebagaimana Mencintai Diri Sendiri


Saudaraku muslim yang mulia. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Anas r.a. Nabi S.A.W bersabda :

Ertinya : “ Salah seorang di antara kamu tidaklah beriman ( secara sempurna ) sehingga ia mencintai kebaikan bagi saudara-saudaranya sepenuh kecintaanya akan kebaikan itu untuk dirinya sendiri.”

Ini adalah makna daripada firman Allah S.W.T yang bermaksud :

Ertinya: “ Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara. " ( Al-Hujarat: 10 )

Bagaimana cara kita mencintai saudara sebagaimana mencintai diri kita sendiri?

Para ulama menjelaskan, “ Engkau mencintai kebaikan baginya seperti halnya engkau menginginkan perkara itu bagi dirimu sendiri.” Sedangkan di antara bentuk kebaikan yang paling agung adalah engkau menginginkan agar ia menempuh jalan yang lurus, memperoleh petunjuk, mendirikan solat lima waktu dengan berjemaah, agar ia sentiasa mendalami urusan agama.

Suatu ketika ada seorang Arab Badwi yang mencaci Ibnu Abbas. Lalu Ibnu Abbas menjawab, “ Adakah kamu masih juga mencaciku, sedangkan pada diriku ada tiga sifat ( mulia ) ?”Orang itu bertanya, “ Apakah ketiga sifat ( mulia ) tersebut, wahai Ibnu Abbas?” Beliau menjawab, “ Demi zat yang jiwaku ada ditangan-Nya, setiap kali turun hujan di suatu negeri, aku selalu memuji Allah ( mengucap hamdallah ) dan turut berasa senang, sekalipun aku tidak mendapat keuntungan sedikit pun dengan turunnya hujan di negeri itu. Demi Allah, setiap kali aku dengar ada seorang hakim yang menghukumi dengan kitab Allah, aku pasti mendoakan kebaikan untuknya, sekalipun ku tidak mempunyai apa-apa kepentingan. Demi Allah, setiap kali aku memahami satu ayat daripada kitab Allah, maka aku selalu berharap kepada Allah kiranya berkenan memberikan kefahaman kepada orang lain seperti yang dapat aku fahami."

Para Ulama menceritakan kebiasaan Ibnu Sirin. Setiap kali beliau berganjak ke tempat tidur, beliau selalu membersihkan dirinya daripada debu, lantas membaca surah Al-Ikhlas tiga kali dan juga ayat-ayat mu'awwidzat (yang berisi perlindungan daripada Allah seperti surah Al-Falaq, An-Nas dan yang lain), baru kemudian memanjatkan doa, “ Ya Allah, berikanlah keampunan kepada orang yang mencelaku, yang menzalimiku dan yang mencaciku. Ya Allah, berikanlah keampunan kepada orang yang melakukan perkara itu terhadapku daripada kalangan kaum muslimin.”

Abu Daud meriwayatkan dengan sanad mursal bahawa Rasulullah S.A.W. Bersabda kepada para sahabat, “ Adakah masing-masing daripada kamu berasa keberatan untuk menjadi seperti Abu Domdom.?”

Abu Domdom adalah salah seorang sahabat Nabi S.A.W. Dia seorang yang miskin. Segenggam kurma pun ia tidak punya. Suatu kali Rasulullah S.A.W. memerintahkannya agar bersedekah. Dia pun mencari sekeping wang dinar atau dirham di dalam rumahnya untuk disedekahkan, namun dia idak mempunyai apa-apa. Maka, dalam kegelapan malam, dia pun bangun dan mengerjakan solat dua rakaat seraya berdoa, “ Ya Allah, ya Tuhanku! Orang-orang yang berharta boleh bersedekah dengan harta mereka, mereka yang memiliki kuda boleh mengerahkan kuda mereka (untuk kepentingan jihad) dan orang yang memiliki unta juga boleh menyiapkan unta mereka. Sedangkan aku ini, ya Allah, tidak punya harta benda. Tidak punya kuda dan tidak punya unta. Ya Allah, kerana itu aku sedekahkan kepada-Mu dengan doaku ini dan terimalah sedekahku ini. Ya Allah, setipa orang yang berbuat zalim kepadaku atau mencelaku atau mencaciku atau mengunjingku daripada kalangan kaum muslimin, maka jadikanlah mereka selalu sihat, selalu mendapat kemudahan dan selalu mendapat maaf dari-Mu.”

Akhirnya, Allah pun menerima sedekahnya. “ Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan) daripada orang-orang yang bertakwa.” ( Al-Maidah: 27 )

Bila Al-Quran Mula Bersuara


Waktu engkau masih kanak-kanak, kau laksana kawan sejatiku dengan wudu’,
Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku, kau junjung dan kau pelajari.
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
setelah selesai engkau menciumku mesra


Sekarang, engkau telah dewasa…
Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku.
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau mungkin menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.


Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan.
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.


Dulu…pagi-pagi…surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau..
Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…
engkau baca surat khabar dahulu waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan.
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah-surahku (Bismillah).


Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke radio kesukaanmu mengasyikkan
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mula bekerja
Di Komputermu pun kau pasang muzik kegemaranmu
Jarang sekali engkau alunkan ayat-ayatku.
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu,
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau sanggup duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu………

Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya..


Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t.
Sekarang engkau begitu mudah membuang waktumu…
Setiap saat berlalu…
Dan akhirnya…
kubur yang setia menunggu mu…
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati…


Di kuburmu nanti…
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri Dalam perjalanan ke alam akhirat
Dan Akulah “Al-Qur’an”, kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu
Peganglah Aku kembali.. ..
bacalah aku kembali setiap hari
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu..
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu


Sentuhilah Aku kembali…
Baca dan pelajari lagi Aku…
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat seperti dulu
Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri…
Dalam bisu dan sepi….

Final Match of Ramadan League : Second Half Prediction


Assalamualaikum para penonton sekalian,


Tepat jam 12 malam 16 Ramadan 1430 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.


Untuk makluman saudara sekalian,


Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Umpat meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda Taqwa United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi Roque Syahwat Cruz, Carlos Umpat, Dengki-ho dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari)


Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros dan Stephen IkutNafsu terutama ketika waktu berbuka dan di pusat membeli-belah di separuh masa pertama.


Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho dan Kolo TidoLajak. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti kedua-dua tembok besar pasukan Nafsu City itu untuk menjaringkan gol-gol yang diperlukan.


Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.


Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.


Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.


Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini...


Sekian dari saya, Hizbullah Awang untuk anda yang masih termenung di luar sana.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*******Afiq Izzudin merupakan Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland(PPIMI) sesi 2009/2010. Kini beliau merupakan pelajar perubatan di Royal College of Surgeons in Ireland(RCSI).

Ikhtilat...Ikhwah...Akhawat

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.


Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah. Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam. Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian.

Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah. Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.




" Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."
Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.

"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar-benar penting (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".

Ulul Albab : Nuzul Al-Quran Pedoman Hayati Kitab Suci


Kandungan kitab Allah lengkap dengan penawar, petunjuk urus kehidupan MALAM ini umat Islam secara rasmi kenegaraan mahu pun tidak akan meraikan tahun ke-1413 sempena diturunkan ayat pertama Al-Quran yang diwahyukan Allah SWT kepada Nabi Junjungan kita, Muhammad SAW di Gua Hirak. Keraian ini sebagai bukti zahir kecintaan kita kepada kitab petunjuk, Al-Quran. Dengan meraikannya diharapkan kita selalu ingat dan dekat dengannya, merujuk kepadanya jika menghadapi kesusahan hidup dan kekal menjadikannya panduan hidup sama ada sebagai individu atau masyarakat. Antara kata hikmah yang disinarkan Al-Quran daripada diri seseorang yang membaca, memahami dan mentadabburinya ialah ucapan khalifah Abu Bakar al-Siddiq seperti ditulis al-Mahasibi dalam kitabnya Risalah al-Mustarshidin: "Bertakwalah kepada Allah dengan cara mentaati-Nya, dan taatlah kepada Allah dengan bertakwa kepada-Nya. Tahanlah tanganmu daripada menumpahkan darah kaum Muslimin dan perutmu daripada memakan harta mereka, serta lisanmu daripada mencela kehormatan mereka."


Tali Al-Quran yang mengikat Abu Bakar sejak masuk Islam menjadikan beliau graduan berjaya yang mengamalkan apa yang dia dapat daripada membaca, memahami dan mentadabburinya. Abu Bakar termasuk orang terawal mendengar Al-Quran dan menerimanya sebagai kalam Allah. Membaca Al-Quran dan mentadabburinya, mendalami isinya dan merenungi kandungan ayatnya ialah perkara yang dapat dijadikan cara untuk meraih kebahagiaan dan kelapangan hati. Allah menyifatkan kitab-Nya itu sebagai petunjuk, cahaya dan penawar penyakit atas semua yang ada di dalam dada. Allah juga menyifatkannya sebagai rahmat. Dengan penyebutan kata quran 71 kali oleh Al-Quran dan 50 daripadanya ialah kata tunggal Al-quran seperti dipaparkan mesin pencari Pocket Quran adalah satu bukti kebesaran nama Al-Quran sendiri. Ini belum lagi sebutannya dalam bentuk kata dhamir seperti anzalnahu (Kami menurunkannya), atau nama lain seperti al-Kitab, al-Furqan dan al-Huda.


Al-Quran memperkenalkan diri dengan di dalamnya tidak ada keraguan seperti menerusi ayatnya bermaksud: "Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (mengenai datangnya daripada Allah dan kesempurnaannya pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa." (Surah al-Baqarah: 2)


Al-Quran memperkenalkan dirinya sebagai petunjuk dalam ayatnya bermaksud: "Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan orang yang beriman yang mengerjakan amal salih, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. Dan orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah al-Israk: 9)


Al-Quran bukan hanya petunjuk kepada sesuatu kaum tetapi kepada umat manusia seluruhnya ke jalan amat lurus. Ia wajib dipegang dan ditaati dengan wajib meninggalkan kitab lain agar tidak tersesat. Al-Quran memperkenalkan dirinya sebagai pelajaran dan penawar semua penyakit di dalam dada menerusi ayatnya bermaksud: "Sesungguhnya sudah datang kepadamu sebuah pelajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit (yang berada dalam dada)." (Surah Yunus: 57)


Al-Quran memperkenalkan dirinya sebagai ubat penawar dan rahmat dalam ayatnya bermaksud: "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur daripada al-Quran, ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya, dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian." (Surah al-Israk: 82)


Al-Quran memperkenalkan dirinya sebagai sesuatu yang mempunyai keberkatan dalam ayatnya yang bermaksud: "(Al-Quran) ini kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) yang penuh dengan berkat supaya memperhatikan ayatnya dan untuk orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar." (Surah Sad: 29).


Berkat dalam ayat ini bermakna banyak faedah dan manfaat. Demikianlah beberapa pengenalan yang disampaikan al-Quran mengenai dirinya yang tidak ada syak atas kebenarannya, petunjuk, pelajaran, penawar, rahmat dan berkat. Ketika seseorang menerima pelawaan perkenalan diri al-Quran ini kemudian menjadikannya sebagai teman sepanjang hayat dalam apa juga keadaan, lahirlah peribadi dan masyarakat 'khaira ummah', atau sebaik-baik umat (Surah Ali Imran: 110) yang dibuktikan pada zaman Nabi SAW dan sahabat Baginda.


Al-Syahid Sayyid Qutb dalam pendahuluan Fi Zilal al-Quran menulis bahawa hanya al-Quran saja yang menjadi sumber panduan mereka, perjalanan hidup dan gerak-geri mereka. Ini bukan kerana umat manusia pada zaman itu tidak punya tamadun, kebudayaan, pelajaran, buku atau kajian kerana sebenarnya pada zaman itu sudah ada tamadun dan kebudayaan Romawi, buku dan undang-undangnya, yang sudah dan masih dijadikan panduan orang Eropah sampai hari ini. Di sana juga sudah wujud peninggalan tamadun Yunani (Greek), ilmu mantiknya, falsafah dan kesenian yang juga masih menjadi sumber pemikiran Barat hingga sekarang, malah di sana juga wujud tamadun dan peradaban Parsi, kesenian, sajak, syair dan dongeng, kepercayaan dan sistem perundangannya, serta tamadun lain, seperti India, China. Romawi dan Parsi berada di sekeliling Semenanjung Arab, sama ada di utara atau selatan, ditambah agama Yahudi dan Nasrani yang sudah wujud di tengah semenanjung itu sejak berapa lama dulu.


Jadi bukan faktor kekurangan tamadun dan kebudayaan duniawi yang menyebabkan generasi pertama itu menceduk daripada Kitab Allah (al-Quran) saja pada peringkat pertumbuhan mereka, tetapi ialah planning yang ditentukan dan program yang diatur. Dalil yang terang atas keadaan ini ialah kemurkaan Rasulullah SAW ketika beliau melihat Saidina Umar al-Khattab RA memegang sehelai kitab Taurat.


Melihat keadaan ini Baginda bersabda yang bermaksud: "Demi Allah jika Nabi Musa masih hidup bersama kamu sekarang pun, tidak halal baginya melainkan mesti mengikut ajaranku." (Hadis riwayat Abu Ya'la).


Oleh itu, kesimpulannya Rasulullah SAW bermaksud dan mengarahkan sumber panduan dan pengajaran generasi pertama itu pada peringkat pertumbuhan lagi, hanya terbatas kepada kitab Allah (al-Quran) supaya jiwanya melurus ke arah program-Nya yang tunggal itu. Baginda murka melihatkan Umar cuba mencari panduan daripada sumber selain al-Quran. Rasulullah SAW bertujuan membentuk satu generasi bersih hati, pemikiran, pandangan hidup, perasaannya dan murni jalan hidupnya daripada unsur selain landasan Ilahi yang terkandung dalam al-Quran. Pepatah mengatakan tak kenal maka tak cinta dan jika tidak ada kasih sayang hubungan akan hambar, kaku bahkan beku sehingga kita tidak menghiraukan keindahan dan manfaat teman. Al-Quran memperkenalkan dirinya, tidakkah anda mahu berkenalan dengannya? Ramadan karim.

Adakah Kita Bersyukur...???


Ramai diantara kita yang sudah mula menyiapkan persiapan menyambut Syawal... Kemeriahan cukup dirasai....Nak beli baju baru..kasut baru...perabot baru...semua nak baru...Kuih-muih pun mesti sudah ada...Cukup seronok, tak sabar nak beraya, nak balik kampung...bermaaf-maafan sesama keluarga, sanak-saudara dan sahabat-sahabat...ziarah menziarahi antara satu sama lain..Tapi kita ada juga mendengar keluhan-keluhan dengan ujian-ujian dalam berpuasa... Tak tahan, cuaca panas la... letih lah...Bila berbuka pula, semua nak... dan macam-macam lagi...


Cuba ambil masa kita fikir sejenak adakah ujian yang kita terima itu lebih berat dari saudara-saudara kita yang lain...?? Kita hanya diuji dengan ujian yang begitu kecil jika dibandingkan dengan saudara-saudara kita, menyambut bulan mulia dalam negara yang kucar kacir kerana peperangan, kemiskinan dan kebuluran, terjadinya bencana alam yang memusnahkan segala harta benda mereka...








Bersyukurlah dengan nikmat dan kurniaanya... Kita adalah insan yang paling beruntung...


SEJUMLAH penduduk semalam bersolat Jumaat di dalam bangunan masjid yang musnah akibat gempa bumi di Kampung Ciloa, Tasikmalaya, Indonesia.



Janganlah kita menjadi golongan-golongan yang tidak tahu bersyukur....


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidakdiuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "- Surah Al-Baqarah ayat 286





Doa Yang Terbaik


'Sebaik-baik doa yang harus engkau panjatkan kepada Allah, adalah apa-apa yang Allah perintahkan kepadamu' (Ibnu Athaillah)


Nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sebenarnya jauh lebih besar daripada nikmat yang kita minta. Saat kita meminta rezeki, pada saat bersamaan rezeki yang Allah curahkan kepada kita, jauh lebih melimpah. Saat kita meminta kebaikan, pada saat bersamaan kebaikan yang Allah berikan jauh lebih banyak dari yang kita duga. Hanya saja, keterbatasan ilmu dan ketertutupan mata hati, membuat kita jarang menyedari besarnya kurnia tersebut.


Doa yang kita mohonkan kepada Allah terbahagi kepada 3 tingkat:


1) Doa meminta dunia.Inilah doa dengan tingkatan "terendah". Dalam doa ini, tidak ada yang kita minta selain dunia, termasuk minta harta berlimpah, minta kedudukan, minta berjaya dalam bisnes atau pekerjaan, minta jodoh, dsb. Tidak salah kita berdoa seperti ini, bahkan dianjurkan dan bernilai pahala.


2) Doa minta pahala.Pada tingkatan kedua ini kita meminta agar Allah SWT membalas semua kebaikan kita dengan balasan berlipat ganda. Puncaknya, kita meminta dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhkan dari neraka. Doa tingkatan kedua ini lebih bernuansa akhirat, dan nilainya lebih tinggi dari sekadar meminta dunia.


3) Doa meminta rahmat dan ridha Allah.Inilah cita-cita tertinggi yang harus dimiliki seorang Muslim lagi Mukmin . Tentang hal ini, dalam kitab Hikam, Imam Ibnu Athaillah mengungkapkan bahwa:"Sebaik-baik doa yang harus engkau panjatkan kepada Allah, adalah apa-apa yang Allah perintahkan kepadamu."Jadi, doa terbaik yang harus kita panjatkan kepada Allah adalah doa minta dikuatkan iman, doa minta diberi ketaatan pada semua perintah dan diberi kekuatan menjauhi larangan, serta istiqamah dalam pengabdian. Rasulullah SAW mencontohkan sebaik-baik doa, yaitu:Allahumma inni as'aluka ridhaakawal jannah, wa 'audzubika min sakhaathika wannaar.Ertinya, "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, ridha-Mu dan syurga; dan aku berlindung kepada-Mu dari murka-Mu dan api neraka".Saat kita meminta ridha Allah, maka saat itu kita telah meminta hal paling berharga dalam hidup. Sebab, tidak ada gunanya harta, pangkat, jabatan, rupa, atau apa pun, bila Allah tidak ridha kepada kita. Bila Allah sudah ridha, maka semuanya akan jadi mudah. Dunia, insyaAllah akan kita dapatkan, dan akhirat pun akan kita peroleh.






Kerana itu,


- daripada minta kecukupan, lebih baik kita minta tawakal


- daripada minta nikmat, lebih baik kita minta syukur


- daripada minta terlepas dari musibah, lebih baik minta sabar, dsb.


Hal ini bukan bererti kita tidak boleh berdoa. Berdoalah apa pun, selama tidak memohon kemaksiatan.

Muslimah : Antara Dakwah Dan Rumahtangga

Antara dakwah dan rumahtangga mana yang lebih utama?

Kedua-duanya adalah aula, sama martabat kepentingan, wajib dilaksanakan dan perlu seiring.Tapi kalau suami tak izin, macam mana ye? Kalau taat pada suami, terabai amanah Allah tapi kalau teruskan dakwah, derhaka pula pada suami.Seandainya berlaku pertembungan pula, suami perlu isteri di sisi… isteri pula ada aktiviti dakwah yang khusus, mana perlu pilih? Sebenarnya, ada penyelesaian kepada masalah-masalah sebegini. Tapi, sebelum berumahtangga lagi wanita yang komited pada dakwah perlu sedar calon suami yang dipilih seharusnya di kalangan pemuda yang berpegang pada fikrah Islam dan bercita-cita untuk berjihad di jalan Allah. (salah satu ciri lelaki soleh mengikut pandangan ulama).

Namun, jodoh pertemuan di tangan Allah. Kalau ditakdirkan wanita solehah ditentukan berkahwin dengan lelaki yang tiada minat pada dakwah, masih ada jalan untuk menjayakan rumahtangga tanpa meminggirkan dakwah. Wanita solehah yang taat pada Allah wajib taat pada suami dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab menguruskan rumahtangga. Keperluan suami dan anak-anak dipenuhi dengan sebaik mungkin dan tidak mengutamakan kerjaya melebihi rumahtangga. Namun, dalam urusan dakwah, keutamaan terhadap keluarga tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan atau menjadikan dakwah pilihan kedua atau sekadar aktiviti di waktu lapang. Tapi, keredhaan suami juga sangat penting dalam setiap langkah si isteri di atas jalan dakwah. Sekiranya timbul masalah, di situlah perlunya ilmu dan kesabaran untuk menghadapi situasi yang menekan. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Jangan korbankan salah satunya, cuba yang terbaik untuk mendapatkan keduanya. Setiap usaha dan kepayahan yang ditempuh untuk menjayakan rumahtangga dan dakwah akan diganjari dengan sebaik-baik ganjaran.Sebelum tu, kita bincangkan dulu hukum berdakwah.

Dalam Islam, hukum dakwah adalah wajib syarie, tidak gugur selagi seorang muslim itu masih hidup. Maka, sebarang kecuaian tidak melakukannya adalah dosa. Status kewajipannya adalah Fardu `ain, bukan kifayah. Perkara ini dijelaskan dalam Al-Quran dan hadith.

"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk (faedah) manusia, Kamu mengajak kepada kebajikan dan kamu mencegah daripada kemungkaran serta kamu beriman kepada Allah....." Ali-Imran :110
" Barang siapa daripada kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaan), apabila ia tidak berkuasa (dengan tangan) maka dengan lidahnya (teguran atau nasihat), apabila tidak kuasa (dengan lidahnya) maka dengan hatinya dan yang demikian adalah selemah-lemah iman." (Riwayat Muslim).
" Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu ummah yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan perkara ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Dan merekalah orang-orang yang berjaya" Ali-Imran ayat 104
"Sampaikanlah sesuatu daripada aku walaupun satu ayat sekalipun"(Hadith)
"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat mauizah (nasihat) yang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan kamu dialah sahaja yang lebih mengetahui tentang siapa yang sesat daripada jalannya dan dialah sahaja yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." An-Nahl ayat 125
" Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal soleh dan berkata aku adalah daripada orang-orang yang menyerah diri(muslimin)". Al - Fussilat: 33




Hukum dakwah adalah wajib, taat pada suami juga wajib. Tapi perlu diingat, suami yang


menegah isteri dalam melaksanakan kewajipan adalah berdosa. Menegah perkara wajib membawa kepada maksiat kepada Allah. Dari segi feqah, isteri tidak wajib meminta izin suami untuk melakukan perkara-perkara wajib. Sebagai contoh, melaksanakan puasa wajib dan menunaikan haji. Sekiranya suami tak izinkan sekalipun, kewajipan tersebut tidak gugur dan melaksanakannya tetap fardhu Ain. Tapi dalam masalah haji, boleh wanita tersebut menunaikan haji walau tanpa izin suami dengan syarat ditemani oleh mahram yang thiqah (dipercayai). Tapi dalam bab-bab lain, seperti solat dan puasa,


tidak perlu kepada sebarang syarat untuk melaksanakannya walau tanpa izin suami kerana tiada ketaatan pada perkara mungkar.




“Tiada ketaatan dalam bermaksiat kepada Allah, ketaatan itu hanya dalam hal yang makruf” - (Muttafaqun'alaih)


“Siapapun penguasa yang memerintah kalian kepada kemaksiatan, maka janganlah kalian mentaatinya” - (Ditakhrij Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, As-Silsilah Ash-Shahihah 2324)

“Taat kepada imam adalah kewajiban seorang muslim, selama ia tidak memerintahkan kemaksiatan. Apabila ia memerintahkan kemaksiatan maka tiada ketaatan baginya.” (As-Silsilah Ash-Shahihah 752)
“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam hal bermaksiat kepada Al-Khaliq (Allah)” (Misykatul Mashbih dan dishahihkan Al-Albani dalam At-Tahqiq 3969)

“Siapa saja yang melepaskan diri dari ketaatan, pada hari kiamat ia akan bertemu Allahtanpa dapat mengajukan alasan. dan siapa saja yang meninggal dunia sedang dilehernya tidak ada tanda bai'at (janji setia pada Islam), maka ia mati seperti pada zaman Jahiliyah. (Hr.Muslim)


Dalam Riwayat lain dikatakan : "Siapa saja yang mati sedang ia memisahkan diri dari jamaah (fikrah Islam), sungguh ia telah mati seperti pada zaman Jahiliyah".




Jadi, telah jelas tentang kewajipan dakwah dan isteri tidak perlu keizinan suami pada perkara-perkara wajib.Namun dalam isu menunaikan kewajipan dakwah, seorang isteri tidak perlu menjadikan dakwah sebagai alasan mengetepikan perasaan suami yang tidak ‘faham’ tentang jemaah dan dakwah. Dibimbangi rumahtangga akan retak dan suami menjadi semakin benci atau marah dengan tindakan isteri. Seandainya isteri jahil dalam memainkan peranan menyelesaikan konflik ini, pastinya rumahtangga tidak dapat mencapai nikmat kebahagiaan sebenar.




Langkah pertama yang harus diambil oleh si isteri, pastikan thabat(tetap) dengan niat untuk meneruskan dakwah walaupun suami agak liat atau tidak mengizinkan urusan dakwah dilaksanakan. Doakan supaya terbuka pintu hati suami dan diampunkan dosa atas kejahilannya tentang kewajipan dakwah.


Langkah kedua. Jangan sekali-kali melawan suami walaupun hati memberontak dengan tindakan suami yang mementingkan urusan peribadi berbanding agama. Pastikan kehendak suami dipenuhi dalam masa yang sama fikirkan kaedah untuk meneruskan dakwah. Perlu diingat, melaksanakan kewajipan tidak perlu pada keizinan suami dan taat pada suami hanya pada perkara ma’ruf. Dalam masa yang sama, hati suami sangat utama untuk dijaga. Jadikan redha suami sebagai cita-cita dalam setiap perkara. Jangan berhenti berdoa supaya suami redha malah turut serta dalam dakwah.


Langkah ketiga. Jangan sempitkan skop dakwah. Walaupun dakwah secara langsung dan berdepan dengan mad’u dan masyarakat adalah satu sunnah terbaik, masih lagi ada cabang-cabang dakwah yang boleh dilaksanakan mengikut kemampuan. Andainya suami tidak mengizinkan keluar rumah untuk aktiviti dakwah, cuba juga dengan menggunakan kaedah dakwah yang berbeza iaitu dengan dakwah bil katabah atau dakwah bil hal. Dengan kata lain, isteri masih boleh berdakwah dengan penulisan samada berbentuk risalah, atau menulis dalam blog atau email. Kalau masih terkekang oleh suami, cuba juga dakwah bil hal iaitu dengan menunjukkan contoh teladan yang baik melalui perbuatan, sikap, pandangan, tingkah laku yang positif, dan kerja-kerja amal yang dilakukan. Itupun masih dalam skop berdakwah. Dakwah bil hal atau dengan tauladan ini sangat berkesan dalam mendidik anak-anak, kaum keluarga terdekat bahkan masyarakat yang berurusan dengan kita. Dalam masa yang sama, teruskan berdoa supaya Allah merahmati suami dan terbuka pintu hatinya.Seandainya dakwah tidak dapat dilaksanakan kepada umum, pastikan roh dakwah wujud dalam rumahtangga. Mudah-mudahan dengan usaha yang istiqamah dan doa yang sungguh-sungguh, matlamat dan cita-cita dakwah akan tercapai.


Sebagai seorang muslimah, tanggungjawab dan amanah terhadap agama dan keluarga begitu besar, dan kelak akan dimintai pertanggung-jawabannya di hari akhirat.


Barakallahulaka.


Wallahua’lam

Carilah Khairun Nisa’


Allah subhana wa ta’ala mencipta kita berpasang-pasangan dan dijadikanNya perasaan kasih sayang dan belas kasihan supaya kita bersenang hati dan dapat hidup mesra dengan pasangan.



"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir". [Ar-Room ayat 21]


Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam menganjurkan kita agar mencari pasangan yang bersesuaian dengan kita agar kita dapat hidup harmoni.


Bimbinglah Dengan Bijaksana


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kaum wanita diciptakan dari tulang rusuk dan tak dapat engkau luruskan walau dengan apa cara sekalipun. Jika engkau merasa senang kepadanya bersenang-senanglah, namun dia tetap saja bengkok. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah. Mematahkannya bererti menceraikannya.” Riwayat Muslim





Empat kunci kebahagiaan




Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:" Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!"Riwayat Ibnu Hibban
Dan isteri solehah adalah digambarkan sebagai Khairun Nisa’



Khairun Nisa’




Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :”Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.”Riwayat Muslim
Untuk mendapat Khairun Nisa’ seorang lelaki juga mestilah menjadi seorang mukmin yang soleh. Sesungguhnya itu janji Allah.

Tudung Antara Aurat Dan Fesyen


SEBAGAI orang Islam kita bangga melihat semakin ramai kaum wanita memakai jilbab atau tudung menutupi kepala mereka. Pelbagai ‘fesyen’ dapat dilihat.

Kewajipan memakai jilbab ini ditegaskan melalui firman Allah: Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang Mukmin, hendaklah mereka menutupi jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Ahzab: 59)
Sesungguhnya memakai jilbab bukan sahaja menunjukkan dengan jelas identiti seseorang wanita muslim tetapi juga mampu memelihara mereka daripada tatapan mata liar sehingga mereka tidak diganggu sekali gus memastikan kesucian mereka terpelihara. Namun dalam keghairahan kaum wanita Islam memakai jilbab mereka juga harus memahami bahawa jilbab bukan sekadar pakaian menutup tubuh sahaja. Mereka juga harus memastikan ia benar-benar mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Islam.

Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dalam kitabnya, Jilbab Al-Mar'ah Al-Muslimah menyebutkan lapan syarat jilbab syarie iaitu:

- Menutup seluruh tubuh, kecuali muka dan telapak tangan.

- Bukan untuk tabarruj (bersolek) yang boleh menyebabkan pandangan mata tertuju kepadanya.

- Bahannya diperbuat daripada kain yang tebal dan tidak nipis.

- Kainnya longgar, tidak ketat dan tidak membentuk lekuk tubuh.

- Tidak diberi memakai minyak wangi seperti mana peringatan Rasulullah s.a.w.: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan kemudian berjalan di hadapan orang ramai dan mereka menghidu baunya, maka dia adalah penzina.

- Tidak menyerupai pakaian lelaki.

- Tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir.

- Bukan memakainya kerana untuk mencari populariti. Ia sesuai dengan peringatan Rasululullah melalui sabdanya: Barang siapa mengenakan pakaian untuk mencari populariti di dunia, nescaya Allah akan memakainya dengan pakaian kehinaan pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.

Hakikatnya, mungkin ramai di antara kaum wanita muslim menganggap ia syarat yang agak berat apatah lagi kepada mereka yang ternyata sudah memakai jilbab tetapi melanggar syarat-syarat di atas. Sesungguhnya, jika seseorang wanita itu berhasrat menjadi seorang muslimah syarat berkenaan tidaklah begitu sukar kerana dalam pelaksanaan syariat Islam tidak ada perkara yang sukar sebagai mana firman Allah: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. (Al-Baqarah: 185).

Atas sebab itu dalam soal menutup aurat ini, Rasulullah dengan tegas mengingatkan bahawa, Dua golongan ahli neraka yang belum pernah saya lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan melentuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.

Syarat Hidupkan Hati Dengan Al-Quran


HATI yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri. Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan. Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.


Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.

Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.

Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar).” (Surah al-Isra’, ayat 9).

Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud: “Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?” (Surah Taha, ayat 1-4).

Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:

Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).

Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat.” (Surah al-Isra’, ayat 78).

Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?” (Surah Muhammad, ayat 24).

Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.

Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.

Keempat, merealisasikan kehambaan (’ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).

Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: “Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.“Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.“Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan.” (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)

Peringatan Bagi Pejuang Islam


Berkata As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna:
1. Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan berat. Para Mujahidin itu adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi Inayah dan Hidayah oleh Allah.


Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" (Al-Qashash:56)


"Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam" (Al-Ankabut:6)


2. Sesungguhnya ujian-ujian Allah adalah PROSES PENAPISAN, untuk menapis orang yang benar dan yang bohong; orang yang beriman dan Munafik; orang yang sabar dan gopoh.


"..dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir" (Ali-'Imran:141)


"Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk(munafik) dengan yang baik (mu'min). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendakiNya di antara rasul-rasulNya. Kerana itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar" (Ali-'Imran:179)


"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antar kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu" (Muhammad:31)


"Musa berkata kepada kaumnya:'Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa" (Al-A'Raaf:128)


3. Sesungguhnya da'wah berdiri di atas keazaman, bukan di atas kemudahan.


Allah berfirman:'Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami (mu'jizat-mu'jizat); sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan)," (Asy-Syu'araa':15)


4. Orang yang beriman apabila diganggu Syaitan, mereka cepat sedar dan kembali kepada Allah.


"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. Dan teman-teman mereka(orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya(menyesatkan)" (Al-A'raaf:201-202)

Wahai saudaraku, hendaklah kita tetap berada di atas Jalan Da'wah ini. Sesungguhnya janji-janjiNya adalah benar.

Tanda-tanda Taubat Diterima ALLAH


Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:


1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.


2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.


3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.


4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.


5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit. 6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.


Sama-samalah kita memperbanyak lafaz istighfar memohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun. Semoga dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita semua akan tergolong di dalam golongan mereka yang mendapat maghfirah Allah ta'ala.Insya Allah.

Umat Islam Umat Terbaik


SHEIKH Muhammad Abu Zahrah berkata: Selepas Allah menceritakan dalam ayat-ayat terdahulu berkenaan kelebihan orang yang beriman daripada yang lain kerana mereka mengambil hukum Islam, mengambil hidayah daripadanya,membentuk jemaah yang utama lagi mulia, yang beriman dengan Allah melakukan amal makruf nahi munkar dan begitu juga saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.Kemudian Allah menceritakan pula golongan ahli kitab yang memusuhi orang Islam. Ayat ke-111, Firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya), sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan.
Sebab Nuzul : Ayat ini diturunkan kerana ketua-ketua orang Yahudi di Madinah telah mengganggu dan menyakiti orang-orang yang masuk Islam dari golongan mereka seperti Abdullah bin Salam dan sahabat-sahabatnya. Oleh yang demikian Allah SWT menurunkan ayat ini.


Iktibar dan fiqh ayat


i. Ibn Kathir berkata: “Allah mengkhabarkan kepada hamba-nya yang beriman berita gembira tentang kemenangan mereka terhadap ahli kitab dan golongan kafir”.
ii. Al-Alusi berkata: “Ayat ini menjadi dalil yang nyata berkenaan dengan kenabian Muhammad SAW kerana perkhabaran yang ghaib telah mengesahkan realiti yang sebenar.
iii. Al-Hassan berkata: “Dakwaan mereka adalah pendustaan terhadap Allah”.
Ringkasnya, mereka ini tidak lagi memiliki harga diri dan rasa kebesaran kerana kekuasaan dan kerajaan telah hilang daripada diri mereka. Sesungguhnya rasa kebesaran itu hanya dapat kembali semula kepada mereka dengan bantuan orang luar serta melalui dua bentuk perjanjian, iaitu perjanjian yang telah ditetapkan Allah SWT dan perjanjian yang berlaku di kalangan manusia.
iv. Muhammad Quraish Shihab berkata: “Kata yadhurrikum diambil dari kata dharar, yang difahami oleh ulama dalam erti menyakitkan badan, sedang kata adza difahami dalam erti gangguan yang menyentuh perasaan yang amat terkesan dalam jiwanya.


Sebab itu terjemahan di atas menggunakan kata tetapi gangguan-gangguan saja. Ada juga yang memahami kata adza sebagai mudarat sehingga mereka menterjemahkannya: Sekali-kali mereka tidak akan dapat membuat mudarat kepada kamu, kecuali mudarat yang bersifat cemuhan sahaja.
v. Hamka berkata: “Orang yang beriman bersedia mati syahid dalam imannya. Si fasiq hanya mencintai hidup.
Oleh sebab itu peringatan yang dikemukakan Tuhan di dalam ayat ini untuk kita jadikan pedoman mengukuhkan semangat Islam dengan terus berdakwah, berani menegakkan kebenaran dan berjihad di jalan Allah SWT.


Dalam ayat ini ada tiga kegembiraan daripada perkhabaran yang ghaib iaitu:


i. Gangguan musuh-musuh Islam tidak akan menjejaskan umat Islam.
ii. Jika mereka menentang umat Islam di medan pertempuran mereka akan undur kerana kekalahan yang dialami sangat teruk.
iii. Mereka tidak mendapat pertolongan.
Ketiga-tiga kegembiraan ini benar-benar telah berlaku. Benarlah janji-janji Allah SWT dan akhirnya orang-orang Islam akan memelihara agamanya dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.
Ayat ke-112 : Firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintah-Nya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah).


Iktibar dan fiqh ayat


i. Ibn Jauzi berkata: “Maksud tali di sini ialah perjanjian. Inilah pendapat Ibn Abbas, Ata’, al-Dhahaq, al-Qatadah, al-Suddi dan Ibn Zaid.
ii. Sheikh Muhammad Abu Zahrah berkata: “Allah sifatkan orang yang beriman dengan tiga sifat iaitu:
* Bersyukur kerana syukur itu pertama ketaatan.
* Sabar kerana iman hasil yang pertama dari syukur membawa menahan pencegahan daripada mengikut hawa nafsu.
* Reda.
Mereka (bangsa Yahudi) tetap berada dalam suasana yang bercerai-berai di mana-mana penjuru dunia mereka berada dan dianggap golongan minoriti, memencil dari penguasaan teknik berperang, menjauhkan diri daripada kegiatan bertani.
Ini kerana mereka sibuk memusatkan perhatian kepada manipulasi kekayaan dengan cara yang paling mudah dan pengembangan keuntungan yang paling besar, dan dengan risiko yang paling kecil, iaitu melalui amalan riba.
Allah SWT telah menyebutkan punca mereka melakukan perbuatan yang seperti itu menerusi firman Allah SWT.
iii. Muhammad Quraish Shihab berkata: “Kata habl atau tali dalam ayat ini diulang dua kali dan keduanya dijelaskan dari siapa.
“Yang pertama dari Allah SWT dan kedua dari manusia. Pengulangan kata yang sama dengan bentuk definisi yang sama mengisyaratkan bahawa ia adalah berbeza di antara satu sama lain. Tali yang dihulur oleh Allah SWT adalah tali agama.
“Jika berpegang teguh dengannya mereka tidak akan terkena balasan yang disebut di atas. Atas dasar itu, mufasir memahami kehinaan dan kerendahan yang mereka alami adalah dalam pandangan hukum agama, bukan sekadar berita yang mereka alami itu adalah kenyataan hidup berdasarkan qada dan qadar ilahi.
iv. Hamka berkata: “Dari ayat ini kita mendapat ilmu tentang kenaikan dan keruntuhan suatu kaum, golongan atau bangsa. Allah SWT menjamin umat Nabi Muhammad SAW menjadi khaira ummatin (umat terbaik)”.
v. Al-Sonhadji berkata: “Kehinaan di sini dimaknakan oleh para ahli tafsir (mufasirin) dengan bermacam-macam iaitu: pembunuhan, perhambaan, penawanan dan pembayaran jizyah”.
Ayat ini menjelaskan bahawa penghinaan tersebut tidak akan lenyap selagi mereka belum berpegang dengan tali Allah SWT iaitu janji-Nya yang juga janji mereka dahulu dengan Allah untuk memeluk Islam dan berpegang dengan tali perdamaian iaitu menjadi Ahli Zimmah (orang yang dilindungi dengan pembayaran jizyah ).
Semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa berqiamullail dan membaca al-Quran seterusnya mengamali dalam kehidupan.

Menghayati Kedatangan Ramadhan


RAMADAN dan sinarnya kembali bertandang menemui sekalian hamba kalangan umat Islam. Bulan setiap hamba diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.
Pada bulan ini setiap hela nafas menjadi tasbih, tidur menjadi ibadah, amalan diterima dan doa-doa diperkenankan.Tatkala mengingatkan imbauan silam saat junjungan besar Rasulullah SAW dan para sahabat amat girang serta tidak sabar-sabar menanti ketibaannya pada setiap tahun, terdetik persoalan di manakah kita dalam meneladani dan menghayati Rasulullah SAW di madrasah Ramadan yang penuh keberkatan ini?
Bulan dan detik-detik yang sarat dengan kebaikan, peluang sisa umur yang sangat indah sebelum terlena kerana adakah masa yang paling indah daripada Ramadan untuk melakukan munajat kepada Allah dengan berdiri menghadap Rabb al-Izzati sambil mendengar alunan ayat-ayat-Nya yang menghiasi pendengaran, membersihkan hati dan menambahkan keimanan dalam diri?


Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)


Puasa ‘madrasah’ membentuk peribadi Muslim sejati
Matlamat puasa tidak lain adalah untuk merawat penyakit dan kecacatan yang menimpa diri seorang muslim. Puasa merupakan madrasah membentuk peribadi muslim yang bersifat ikhlas, sabar, melatih rohani dan jasmani.
Puasa mendidik dan membentuk muslim bersifat sabar dalam apa jua situasi dan keadaan. Sabar yang paling kuat adalah sabar dalam melawan kehendak nafsu ammarah dan sering mengajak tuannya ke lembah kejahatan dengan melakukan perkara-perkara haram dan menjauhkan dirinya daripada melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Seseorang yang berpuasa yang meneladani dan memahami anjuran Rasulullah ketika mendengar kata-kata keji dan kurang enak dilemparkan ke atasnya akan segera berkata, “sesungguhnya aku berpuasa”.
Sifat sabar yang dimiliki oleh setiap muslim menjadikan amalannya di atas paksi ikhlas kerana Allah SWT. Allah menjadikan setiap pahala amalan kepada hamba-hambanya melainkan puasa kerana puasa dinisbahkan kepada-Nya dalam erti kata lain Allah SWT yang memberikan ganjaran pahalanya. Puasa mengajar seorang muslim menjaga lidahnya dari berkata dusta, mengumpat dan mengeluarkan kata-kata yang kesat.


Baginda SAW bersabda yang bermaksud, Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan ghibah maka tidak ada ertinya di sisi Allah baginya berpuasa dari makan dan minum. (riwayat al-Imam al-Bukhari)


Hadis ini adalah peringatan kepada setiap diri agar meninggalkan perkataan dusta dan ghibah. Sabda baginda tidak ada ertinya di sisi Allah merupakan perumpamaan tertolaknya ibadah puasa yang bercampur dengan perkataan dusta. Seorang muslim yang berpuasa sewajarnya membetulkan niat ikhlas kerana Allah SWT dalam menjalani ibadah puasa. Selain itu, menjaga diri daripada perkara-perkara yang menyebabkan berlakunya kecacatan terhadap puasa yang dilakukan dengan mengikut garis panduan yang di ajar oleh baginda SAW.
Memelihara ikhlas adalah dengan cara mengarahkan hati hanya kepada Allah SWT dan hanya mengharapkan pahala dan keredaan dari-Nya. Manakala ittiba’ (pengajaran) dalam puasa pula adalah dengan mengetahui hukum-hukum puasa sehingga sah puasa yang dilakukan, mengecapi kenikmatan dan pahala, serta jauh dari dosa.
Bagaimana mungkin seorang muslim dapat merealisasikan ittiba’ iaitu meneladani Rasulullah SAW dalam puasa, sementara dia jahil terhadap puasa-puasa yang wajib sehingga membatalkan puasanya.
Puasa bukan hanya semata-semata menahan diri dari makan dan minum.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang tidak meninggalkan ucapan palsu dan melakukannya, maka Allah SWT tidak mempedulikannya dalam meninggalkan makanan dan minumannya. (riwayat al-Bukhari)


Daripada hadis ini dapat difahami bahawa berpuasa bukan hanya menahan diri daripada makan dan minum tetapi berpuasa adalah menjaga daripada berkata-berkata perkara yang sia-sia atau perkara keji. Menyingkap Ramadan Rasulullah SAW, Ramadan merupakan nikmat kesempatan sangat berharga yang tiada galang gantinya. Setiap malamnya Allah SWT membebaskan 100,000 ribu orang dari mereka yang sudah tercatat sebagai penghuni neraka. Pada malam terakhirnya Allah membebaskan mereka tanpa batas seperti malam-malam sebelumnya. Dr. Aid al-Qarni dalam mengajak umat Islam meneladani peribadi Rasulullah dalam menyambut Ramadan berkata, “Renungilah bagaimana Rasulullah SAW seorang Nabi yang maksum menjadi ukuran kebenaran menyambut tamu agung ini”.


Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan ia banyak menyebut Allah. (al-Ahzab: 21).


Alangkah beruntung siapa yang setia mengikuti petunjuk Nabi Muhammad dan meneladani beliau dalam semua segi dari kehidupan ini. Dan alangkah besar kerugian orang yang selalu melafazkan sabdanya tetapi tidak mengikuti kandungan isinya. Apabila Rasulullah SAW melihat hilal (anak bulan) petanda bahawa Ramadhan telah tiba, baginda SAW berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jadikanlah bulan ini bulan keamanan dan keimanan, serta kedamaian dan keislaman bagi kami. kerana ia adalah bulan kebaikan dan kebenaran. Tuhanku dan Tuhannya adalah satu, iaitu Engkau, ya Allah”. Tambahan, menurut Aid al-Qarni hadis di atas dapat difahami seolah-olah Nabi berkata kepada hilal , “Wahai hilal, engkau adalah makhluk seperti juga aku, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah SWT. Engkau tidak dapat mendatangkan mudarat dan tidak juga manfaat, tidak dapat menghidupkan dan tidak pula mematikan, dan tidak dapat mendatangkan rezeki dan mengatur segala sesuatu. Sesungguhnya merupakan kesalahan yang amat besar sekiranya ada insan yang menyembahmu”.
Rasulullah tatkala menjelang bulan Ramadan lebih tekun melakukan amal kebaikan seperti memperbanyak tilawah al-Quran, bersedekah, mengeratkan silaturrahim sesama muslim dan mempertingkatkan ibadah-ibadah sunat.
Justeru, perlu ditegaskan di sini, apa yang paling penting dan mustahak pada bulan Ramadan ialah kita mencontohi sikap Baginda SAW.
Memperbanyak Tilawah , Puasa dan al-Quran mempunyai kaitan yang sangat dalam. Rasulullah SAW memperbanyak membaca al-Quran dalam bulan Ramadan. Rasulullah mempunyai sifat dermawan, dan sifat dermawan baginda terserlah pada bulan Ramadan ketika Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan al-Quran. Rasulullah lebih dermawan dan pemurah berbanding dengan angin yang ditiupkan.
Baginda SAW gemar mendengarkan al-Quran dan sering matanya berlinang ketika mendengarkan bacaan bait-bait ayat al-Quran.


Ibnu Mas’ud menceritakan bahawa, suatu hari Rasulullah memintaku membaca al-Quran untuk baginda, “Ibnu Mas’ud bacalah sesuatu dari al-Quran untukku”, lalu aku membaca surah al-Nisa’ hingga ayat 41, yang bermaksud, “Maka bagaimanakah apabila Kami datangkan seorang saksi dari tiap-tiap umat dan Kami datangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka atas mereka itu sebagai umatmu”. Aku melihat kedua mata baginda basah menitiskan air mata. (riwayat al-Bukhari).


Abdullah bin Amr pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Berapa kali aku harus menghatamkan al-Quran?” Rasulullah menjawab, “khatamkanlah al-Quran dalam satu bulan”. Abdullah bin Amr berkata, “aku mampu lebih cepat dari itu”. Jawab Rasulullah, “jika begitu lakukanlah setiap 20 hari”. Tambah Abdullah bin Amr, “Aku masih mampu untuk lebih cepat dari itu”. “Kalau begitu dalam 15 hari” lalu “10 hari”. Abdullah bin Amr berkata, “aku masih lebih cepat dari itu”, Rasulullah menjawab, “kalau begitu lima hari”, lalu Rasulullah tidak melanjutkan lagi. (riwayat al-Tirmidzi).


Sebahagian ulama memahami tindakan Rasulullah SAW ini, sehingga mereka meninggalkan segala urusan fatwa dan pengajian-pengajian di bulan Ramadan. Juga menjauhkan diri daripada orang ramai agar dapat mengkhusyukkan diri dalam beribadat kepada Allah dengan memanfaatkan bulan yang penuh berkah ini.
Mudarasah atau tadarus antara Nabi Muhammad SAW dan malaikat Jibril terjadi pada malam hari, kerana malam tidak terganggu oleh pekerjaan seharian. Di malam hari, hati seseorang juga lebih tenang dan konsisten untuk melakukan ibadah-ibadah sunat.

Purdah Cegah Selsema Babi


Memakainya mampu meperlihat keayuan seorang wanita beriman.
Wanita tidak perlu mengenakan penutup muka perubatan untuk mencegah virus selsemababi (H1N1) jika mereka telah mengenakan hijab dengan baik termasuk mengenakan purdah atau niqab, kata doktor di Saudi.
“Wanita yang mengenakan purdah atau penutup wajah – bagi mereka tidak perlu mengenakan penutup muka pelindung lagi – sepanjang purdah yang ia gunakan bersih,” kata Dr Dalal Namnagani seorang perunding pathologi dan pengarah dari bank darah di Hospital Khas King Abdul Aziz bandar Taif – kepada mel khabar Al-Watan Khamis lalu.“Purdah harus dicuci dan disterika sebelum dikenakan, namun tidak boleh digunakan oleh orang lain yang mungkin akan meninggalkan bakteria-bakteria penyebab kainnya tercemar oleh virus selesema babi,” kata Namnagani.Doktor itu juga memberi amaran terhadap masjid-masjid yang persekitaran yang kotor sepanjang Ramadhan ini, tentang solat terawih ramai orang berkumpul terutama di kawasan sesak yang menyebabkan kemungkinan virus menyebar dengan cepat.“Para wanita juga kemungkinan besar melepaskan hijabnya di tempat para jamaah wanita berkumpul, dan hal tersebut dapat meningkatkan penyebaran jangkitan.”
Banyak keluarga Arab menyatakan bahawa mereka telah menyambut seruan kempen kesedaran dengan mengajak anak-anak mereka untuk mengenakan penutup muka di tempat-tempat umum.
Seorang ibu rumah tangga Umm Omar mengatakan bahawa ia menyuruh anak-anaknya untuk lebih sering mencuci tangan dengan sabun dan mengenakan penutup muka yang bersih semasa mereka keluar ke kedai mahupun ke taman. “Saya juga cuba untuk menyekat diri melakukan perjalanan keluar rumah, kecuali kalau benar-benar terpaksa,” kata Umm Omar.

Bismillah Pictures, Images and Photos


بسم الله الرحمن الرحيم
AHLAN WASAHLAN

tak perlu mencari teman secantik BALQIS..
andai diri tak sehebat SULAIMAN..

mengapa mengharap teman setampan YUSUF..
jika kasih tak setulus ZULAIKHA..

tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM..
andai diri tak sekuat HAJAR..

mengapa didamba teman hidup sempurna MUHAMMAD..
andai diri tak sehebat KHADIJAH..